fbpx

Bila tengokkan telefon pintar keluaran baru realme iaitu realme 7i, memang sesuai betul dengan tagline fresh mereka tu iaitu ‘Dare To Leap’!

Macam yang anda tahu lah kan, realme ni memang satu jenama yang berani melangkah ke hadapan. Keghairahan dan kegigihan realme untuk menawarkan produk yang mampu memenuhi permintaan anda ni memang patut diberi standing ovation.

Kami tak cakap kosong tau, anda tengok sendiri ciri-ciri baru telefon pintar realme 7i ni sendiri. Betul fresh, trendy, stylish dan sesuai sangat untuk anda yang muda remaja tu!

Menghasilkan 90 Bingkai Sesaat!

realme 7i mengandungi Paparan Ultra Smooth 6.5 inci 90Hz IPS LCD dengan kadar penyegaran dan kadar persampelan 120Hz dengan skrin sentuh kapasitif.

IPS LCD menghasilkan warna yang realistik, warna lebih tepat, dan ketajaman dan kejelasan juga lebih tinggi pada paparan LCD. Sudut tontonan akan jadi lebih baik, dan nisbah kontras pun lebih luas.

Titik fokus pada realme 7i terletak pada sokongan skrin kadar segar semula yang tinggi iaitu mencecah 90Hz yang mampu menghasilkan 90 bingkai sesaat. Kadar penyegaran 50% lebih tinggi jika dibandingkan dengan 60Hz paparan konvensional.

Ia juga menghasilkan pengalaman visual yang lancar dan lancar dengan setiap slide skrin. Dengan paparan besar 6.5 inci dan nisbah skrin-ke-badan yang hebat, realme 7i membawakan anda pengalaman visual terbaik. Haa..amacam?

Dengan kemampuan ini, pengguna boleh menggunakan telefon pintar ini dengan ultra lancar tanpa sebarang lagging, sekaligus memudahkan penggunaan lebih-lebih lagi untuk mereka yang sentiasa 24/7 dengan peranti ini.

64MP Kuad-Kamera

Didatangi dengan 64MP kuad kamera, Paparan 90Hz Ultra Smooth dan bateri sebesar 5000mAh, nikmat apa lagi yang anda cari untuk telefon pintar yang sememangnya helok ni?

Okay tak nak cakap banyak, anda baca sampai habis keistimewaan telefon pintar realme 7i ni terutamanya pada kameranya!

Kamera Yang Sangat WOW!

realme 7i dilengkapi dengan kuad kamera yang cukup hebat. Bukan kaleng-kaleng tau. Dari segi ciri perisian, ada banyak mod yang tersedia, yang dapat dimaksimumkan untuk membuat gambar anda kreatif dan unik. Termasuklah membuat rakaman video. Untuk video, hanya ada satu pilihan resolusi untuk kamera depan dan juga belakang.

Gambar Yang Terang Di Siang Hari

Kalau anda ambil gambar di luar rumah, pergh! Serius cakap, gambarnya akan jadi terang dan sharp! Warna pun jadi seimbang dan padat. Keseimbangan kontrasnya cukup baik, tanpa perbezaan tajam yang ketara pada bayangan bawah (tidak terkena cahaya) dengan bahagian yang terkena cahaya.

Anda mesti tak puas hati kalau ambil gambar dalam keadaan yang redup kan? Dont worry gais, dengan kamera realme 7i ni semuanya helok! Warna pada gambar anda akan lebih padat dan lebih kuat, terutama warna yang dominan.

Kamera 64 megapixel ini juga sememangnya menampilkan foto yang lebih tajam, dan tidak akan pecah walaupun diperbesar.

Zoom Dan Makro

Untuk anda yang memang suka sangat bila ambil gambar makro tu, ni ‘bff’ baru anda. Mod ini digunakan untuk memotret objek kecil pada jarak yang sangat dekat sehingga mampu fokus objek dengan jarak 4cm sahaja. Ui! Cuba bayangkan gambar makro anda nanti jadi macam mana. Mesti superb sebab hasilnya nanti sangat jelas dan tajam.

Mod Ultra 64MP

realme 7i ni jugak dilengkapi dengan kamera utama 64MP. Resolusi output maksimum adalah 9248×6944 sehingga anda tidak ketinggalan walaupun satu butiran dalam gambar. Memang cantik gais! Tak percaya? Cuba tengok gambar kat bawah ni.

Super NightScape

Malam-malam kalau anda tangkap gambar memang awesome bila anda guna super nightscape mode nya ni. Jelas dan terang! Lepasni kalau nak lepak mana-mana dah takda masalah nak OOTD dah. Gambar anda memang akan jadi cantik.

Super NightScape Off

Super NightScape On

Filter Malam Yang Artistik

Gais, untuk anda yang sukakan artistik, haa..anda boleh gunakan 3 filter iaitu Modern Gold, Cyberpunk dan Flamingo yang sedia ada di telefon pintar realme 7i ni. Kesan ini menjadikan gambar malam menjadi artistik.

Modern Gold

Modern Gold menjadikan gambar anda ada kuning keemasan. Berbeza dengan kawasan gelap yang tidak terdedah kepada cahaya. Atau kalau anda mahukan sedikit kelainan, anda boleh memilih filter Cyberpunk.

Cyberpunk

Flamingo

Selfie Memang On Point

Tipu sangat lah kalau kami cakap, anda tak suka selfie? Dah macam ‘makanan’ wajib anda dah kan kalau bab selfie ni.

Dilengkapi dengan kamera selfie 16MP, sangat memadai untuk anda menampilkan selfie yang tajam dan halus. Terutama ketika digunakan untuk mengambil gambar selfie di luar dengan cahaya yang banyak. Selfie dalam cahaya matahari akan menghasilkan kontras tinggi antara bahagian-bahagian yang berada dalam cahaya dan yang tidak. Memang on point lah!

Ditambah dengan tetapan filter kecantikan, foto-foto itu akan membuat anda kagum dengan betapa cantiknya anda. Selfie malam pulak macam mana? Seeloknya anda ambil gambar bersama cahaya lampu, barulah menarik.

Kapasiti Bateri Yang Besar

Kapasiti bateri 5000mAh yang dipasang di realme 7i adalah istimewa. Kapasiti ketika diuji, mampu tahan seharian. Bateri ini mampu menyokong fungsi panggilan telefon selama 35 jam tanpa berhenti. Fuh!

Ada lagi, anda jugak boleh tonton Youtube selama 19 jam secara berterusan. Apabila anda nak dengar muzik, ia boleh berlangsung lebih dari 88 jam! Gila lah! Memang betul hebat nih…

Untuk pengecasan pulak, jangan tak tahu realme 7i dilengkapi dengan pengecasan pantas 18W, hanya mengambil masa 30 minit untuk dicas hingga 33%. Laju kalitu kalau nak cas telefon anda kan? Dengan OTG reverse charge, bateri anda pun akan tahan lebih lama. Bestnya!

Berbaloi Ke Untuk Beli?

Berbaloi sangat gais. Dengan harga mampu milik dan ciri-ciri yang ada ni mampu menjadikan realme 7i ni sesuai untuk anda yang nak telefon pintar yang lebih trendy dan fresh!

realme 7i mula dijual secara online di Lazada bermula hari ini (13 Oktober 2020). Boleh dapatkan realme Power Bank PERCUMA pada hari ini SAHAJA!

Bagi jualan secara offline di realme store dan pengedar sah seluruh negara, model ini mula dijual bermula 17 Oktober 2020 ini. Jangan lepaskan peluang dapatkan realme Buds Classic percuma!

realme C17 bakal menyusul tidak lama lagi di pasaran. Mesti ramai yang excited menanti kan?

Untuk info lanjut, terus ke Facebook Rasmi realme hari ini! Untuk info lanjut, terus ke Facebook Rasmi realme!