fbpx

Fasha Sandha, Aidil Aziz Tolak Tajaan Kahwin RM200,000

Baru saja melangsungkan majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki pada 6 April lalu, Fasha Sandha mendedahkan ada pihak berminat untuk menaja sebuah lagi majlis perkahwinan di ibu negara dengan nilai RM200,000.

Menerusi Instagram, Fasha memberitahu tawaran diterima daripada individu yang menghubungi suaminya, Aidil Aziz. Bagaimanapun, Fasha memberitahu dia terpaksa menolak tawaran tersebut secara baik.

BACA: “Terlupa Ada Suami Di Sebelah Masa Bangun Tidur”

“Ada orang menghubungi suami dan juga keluarga untuk menaja majlis perkahwinan #aidilfasha bernilai RM200,000. Terima kasih banyak-banyak.

“Tetapi ‘mood’ untuk (mengadakan) majlis (kahwin) macam sudah habis. Lagipun, (kami) rasa malu sebab tajaan itu agak besar nilainya,” tulisnya.

Kata Fasha lagi, senandainya dia dan suami berubah fikiran, mereka pasti akan menghubungi semula pihak berkenaan.

Fasha dan Aidil selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 30 Mac lalu dalam majlis yang berlangsung di kampung halaman Fasha di Perlis.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun pasangan itu bercerai pada 20 Januari 2016.