fbpx

Umum mengetahui usahawan Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan bakal melancarkan lagu raya berjudul Love Raya. Namun, tindakan Aliff itu menimbulkan rasa kurang senagn ibunya, Bonda Rozita.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bonda Rozita tampil menegur anaknya itu secara terbuka serta meminta anaknya memadam klip video yang dimuat naik sebelum ini.

BACA: “Tolong Beri Laluan Artis No 1 Malaysia Beraksi” – Aliff Syukri

Rozita turut meluahkan rasa kesal pada 10 malam terakhir Ramadan anaknya mahu melancarkan muzik video lagu yang disifatkan tidak berakhlak.

Kata Rozita lagi dia turut bertanyakan kepada Aliff dimana rasa malu dan mana letaknya maruah anaknya itu. Tambahnya lagi, jika Aliff benar sayangkan dirinya lebih baik jika padam video berkenaan dan tidak lagi melancarkan lagu raya.

Dalam pada itu, Rozita turut merayu kepada anaknya supaya berhenti daripada melakukan muzik video seperti sedemikian kerana boleh merosakkan akhlak dan agama.

“Kri bukan anak tak baik ..sangat baik dengan Mak .. Tapi dengan Allah kri kena usaha lebih buat kebaikan.!! Kasihani Mak kri. Mak rayu sebagai Mak berhentilah dari berbuat begini rosak akhlak dan agama,” tulisnya.