fbpx

Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk

Semalam, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili pelakon, Diana Diana mengesahkan Farid Kamil tidak dapat memasuki kediamannya sejak awal bulan ini.

Memetik mStar Online, Akberdin berkata Diana mempunyai hak menghalang suaminya masuk kediaman mereka selepas memfailkan cerai pada 10 Mac lalu.

BACA: Farid Kamil Tak Dapat Jumpa Anak, Dihalang Masuk Rumah?

Menurutnya lagi, Diana yang menyewa kediaman tersebut serta mempunyai hak untuk membenarkan atau menghalang sesiapa daripada masuk rumah berkenaan.

“Rumah itu disewakan oleh anak guam kami, jadi dia ada hak untuk membenarkan sesiapa masuk atau tidak ke dalam rumah tersebut.

“Hubungan mereka juga memang sudah tidak baik, sebab itu anak guam saya ke mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Akberdin berkata Jawatankuasa Pendamai (JKP) diperintahkan mahkamah akan digunakan untuk mencari jalan penyelesaian.

“Sekiranya JKP tidak dapat menemui jalan penyelesaian atau mendapati berlaku shiqaq, Mahkamah Syariah akan melantik hakam yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan berkenaan,” katanya.

Semalam, hangat diperkatakan dengan berita Diana memfailkan perceraian terhadap suaminya, namun Farid enggan melafazkan talak kerana masih ada perasaan sayang.