Diana Danielle Bayar Sewa Rumah, Ada Hak Halang Farid Kamil Masuk
Semalam, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili pelakon, Diana Diana mengesahkan Farid Kamil tidak dapat memasuki kediamannya sejak awal bulan ini.
Memetik mStar Online, Akberdin berkata Diana mempunyai hak menghalang suaminya masuk kediaman mereka selepas memfailkan cerai pada 10 Mac lalu.
BACA: Farid Kamil Tak Dapat Jumpa Anak, Dihalang Masuk Rumah?
Menurutnya lagi, Diana yang menyewa kediaman tersebut serta mempunyai hak untuk membenarkan atau menghalang sesiapa daripada masuk rumah berkenaan.
“Rumah itu disewakan oleh anak guam kami, jadi dia ada hak untuk membenarkan sesiapa masuk atau tidak ke dalam rumah tersebut.
“Hubungan mereka juga memang sudah tidak baik, sebab itu anak guam saya ke mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Akberdin berkata Jawatankuasa Pendamai (JKP) diperintahkan mahkamah akan digunakan untuk mencari jalan penyelesaian.
“Sekiranya JKP tidak dapat menemui jalan penyelesaian atau mendapati berlaku shiqaq, Mahkamah Syariah akan melantik hakam yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan berkenaan,” katanya.
Semalam, hangat diperkatakan dengan berita Diana memfailkan perceraian terhadap suaminya, namun Farid enggan melafazkan talak kerana masih ada perasaan sayang.
- SUMBER
- mStar Online
Semoga jadi pengajaran kepada semua. Khususnya lelaki-lelaki yang hanya bawak telur dua bijik dalam rumahtangga, manakala isteri yang terpaksa tanggung perbelanjaan-perbelanjaan besar.
wow semua guna lawyer rosmah haha.. si shu, PS yg latest ni diana. ini semua karooot komediaaa
Biawak juga rupanya ko ye…Kesian Diana, cantik jelita ada nama tapi masih belum jumpa lelaki yg bertanggung jawab.Dulu jumpa kaki pukul…la jumpa biawak gila hisap dadah.
dia kalau kawin betul2, dh jd mcm julia evans dah.. senang je hidup dia sekarang. cinta mati konon. puih
Aikk macam ni pon boleh eh? ari tu pos story IG mengata SOL kemain ye.. aku baca pon macam wow.. bagus bagus FK ni.. tiber2 baca yg ni, lahh!! rumah? bini yang bayar… padanlah bini tak bagi masuk, rumah dia, bukan rumah bersama… FK2 time tulis story IG tu aku tengok kau ni lah terPALING suami perfect 10.. tapi apa ni apa ni…
Dd ni cam suka lelaki yg ada vibes bad boy
Takkan boleh kekal sbg suami istri ..lebih lebih lg yg mendadih..delusional.
Pulangkan balik kat makbapak keluarga dia utk mereka jaga.
Just tanya. Kenapa sesetengah selebriti Malaysia tak beli rumah dan hanya menyewa? Thanks.
Tulerrr Diana masa kau jadi Juri Lawak ke Maharjalawak Superstar ape lain nama lupa, kau poyossss bangga laki kau Pencinta Wanita!!!! Hipokrit retisss di abad ini!
Kau bayar sewa sebab kau tak tinggal sebumbung lagi! Jgn baru tolong laki macam laki tak pernah sara hidup korang anak bini.