fbpx

Beri Layanan Buruk Pada Pengunjung, Resort Aliff Syukri Didakwa Kotor

Umum mengetahui usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mempunyai resortnya sendiri yang diberi nama Sugeh Hill Resort yang terletak di Janda Baik. Bagaimanapun baru-baru ini ada cerita tak sedap di dengar mengenai resortnya itu.

Seorang Instafamous tampil mendakwa percutiannya di resort tersebut tidaklah seindah seperti dipaparkan. Malah, layanan yang diberikan oleh pekerja Aliff kurang memuaskan tidak setimpal dengan bayaran dikenakan.

BACA: Aliff Syukri Akui Dah Puas Cari Harta Benda

Mendedahkan perkara itu di Twitter, lelaki itu berkata kediaman yang didiaminya penuh dengan sampah sarap, kotor dan membahayakan. Lebih mengejutkan, mereka turut menemui lipas di dalam peti ais.

Ujarnya lagi, sebaik sahaja sampai dan masuk ke bilik, mereka menemui tuala basah di atas lantai. Malah, keadaan cadar katil kotor dan mempunyai kesan darah.

“Kat lobby tempat greet guests, air yg disediakan dah habis (okla tunggu refill). Masalahnya bocor ke apa menitik habis basah lantai and staff punya solusi? letak kain. budak2 lari bila sampai.. kalau ada yg jatuh terhentak kepala (nauzubillah),” katanya.

Bagaimanapun, selepas kisah itu ditularkan oleh individu terbabit, kes itu khabarnya mendapat perhatian Aliff sehingga beliau dikatakan bertindak menyeru Abudi untuk memadam posting yang dimuat naik olehnya.

Instafamous itu akui terkilan dengan servis serta layanan yang diberikan serta kecewa dengan tindakan jutawan tersebut.

https://www.instagram.com/p/CD-muNiFWb0/?utm_source=ig_embed

Malah, Aliff dilihat turut mengugut lelaki tersebut untuk memadam posting berkenaan kerana dia ada menyimpan beberapa bukti serta rakaman CCTV yang mempamerkan sikap individu berkenaan sepanjang menginap di sana.

Dalam perkongsian tersebut, lelaki itu turut meminta Aliff Syukri supaya memantau para pekerjanya kerana banyak wang dilaburkan tetapi tempat tersebut tidak dijaga. Malah, dia juga tidak mengesyorkan tempat peranginan itu kepada orang ramai kerana ianya tidak berbaloi.