fbpx

Aliff Syukri Akui Dah Puas Cari Harta Benda

Memiliki rumah besar dan kereta mewah, pasti ramai impikan kehidupan sepertinya. Mendedahkan sebelum ini kehidupnya sering mengejar kekayaan, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri akui sudah puas untuk mencari harta benda di dunia.

Selama 15 tahun dalam dunia perniagaan sibuk mencari duit, Aliff akui apa yang dilakukannya tidak mendatangkan kebahagiaan. Syukur diberikan kesedaran awal, Aliff berkata dia kini mahu berehat seketika dan meluangkan masa bersama keluarga.

BACA: Pembantu Peribadi Aliff Syukri Luah Perasaan Diberhentikan Kerja

https://www.instagram.com/tv/CC2PpcRJmSK/?utm_source=ig_embed

“Kegembiraan apa yang lagi yang ingin saya tipu. Saya dah puas hidup ini mencari harta benda siang, malam pagi ,petang. Kadang kala saya hanya tidur 2 jam sahaja untuk mencari duit. Kadang kala tanya apa nilai kebahagian yang saya ingin cari selama ini.

“Lebih dari 15 tahun dalam dunia business dari pasar malam, rumah ke rumah, maki hamun orang, sepak terajang dalam dunia business semua saya dah rasa. Org nampak indah, yang pahit orang tak nampak. Sekarang, saya nak rehat sebab tu korang tengok saya jarang buat video,” tulisnya.

Ujarnya lagi, dia mahu lakukan apa yang disukai dan menggembirakannya. Kata Aliff lagi, dia akui bimbang akan kerugian sekiranya pergi meninggalkan dunia lebih awal. Kini kurang aktif beraksi di hadapan kamera, Aliff menyifatkan apa yang dilaluinya itu adalah erti kebahagiaan sebenar.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, difahamkan Aliff membawa seluruh keluarga serta keluarga isterinya bersama para pekerja pergi bercuti ke Pulau Sibu, Johor.

“Saya nak bagi tumpuan dekat family saya. Saya nak buat kerja apa yang saya suka. Saya takut kalau saya mati awal saya akan rugi.

“Syukur Alhamduillah kesedaran tu datang lebih awal. Hari ini saya luangkan masa dengan keluarga dan semua staff saya untuk bercuti,” katanya.

Terdahulu, Aliff pernah meluahkan perasan seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya sudah letih menguruskan perniagaan dan hanya mahu duduk di rumah sahaja.