fbpx

Bekas Adik Ipar Shila Amzah Dedah Ex Suami Culas Nafkah Anak

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kemelut adik-beradik peyanyi Shila Amzah apabila adiknya, Syada Amzah mendedahkan rumah mereka bakal dijual dan tidak tahu mengenai perkara itu.

Kemudian, adik lelaki Shila iaitu Amir Shafiq mendakwa kakaknya itu mahu menjual rumah berkenaan kerana duit dan nilai harga pasaran yang tinggi.

BACA: Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Jual Rumah Sebab Duit

Terbaru, bekas adik ipar Shila dikenali sebagai Anis berkata penyanyi itu sudah lama memendam perasaan selama ini dan tidak mampu bersabar lagi.

Memetik mStar Online, Nurul Anis berkata konflik berlaku antara Shila dan Syafiq disifatkan sebagai satu kifarah atas perbuatan bekas suaminya itu.

“Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak! Tetapi apa yang dikatakan oleh Shila itu mungkin kerana dia sudah sampai batas kesabarannya. Dia sudah tahan dan pendam lama tentang apa yang berlaku.

“Apa yang berlaku ini saya anggap kifarah atas perbuatan dia (Shafiq) kepada anak. Cuma dalam hal ini saya juga kasihan kepada bekas ibu mentua kerana dia yang tanggung semua perbuatan anak-anak,” katanya.

Sebelum ini, Anis ada meninggalkan komen di Instagram mStar mendedahkan Syafiq culas nafkah anak mereka selama tujuh tahun selepas berpisah.

“Dia ada bagi anak duit nafkah tapi banyak kali culas. Kalau saya senyap dia pun hilang. Sudah tujuh tahun kami berpisah ceritanya sama sahaja.

“Dia juga ada meminjam duit daripada rakan-rakan kononnya untuk beri nafkah anak, tetapi saya tidak terima pun wang tersebut. Macam mana dia nak bayar nafkah kalau tiada kerja tetap?” katanya.

Dalam pada itu, Anis mendakwa Syafiq pernah melakukan keganasan fizikal pada kakaknya serta adik dan juga ibunya sendiri. Malah, pernah menjual barangan rumah untuk dapatkan duit.

“Orang tidak tahu dia pernah buat kekasaran. Kau play victim. Dia pernah jual gitar dan piano di rumah kerana mahu dapatkan duit,” katanya.

Anis dan Shafiq mendirikan rumah tangga ada 31 Ogos 2014 namun bercerai pada 15 Jun 2016.