fbpx

Adik Lelaki Dakwa Shila Amzah Jual Rumah Sebab Duit

Nampaknya kemelut antara adik beradik Shila Amzah semakin hangat diperkatakan. Terbaru, adik lelaki kepada penyanyi itu iaitu Amir Syafiq pula tampil bersuara mengenai isu rumah yang diduduki keluarga mereka.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Syafiq berkata kakaknya itu tidak berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjual rumah berkenaan.

BACA: Shila Amzah Nafi Halau Keluarga, Ada Sebab Nak Jual Rumah Banglo

Malah, Syafiq juga mendakwa Shila mahu menjual rumah berkenaan kerana nilai dalam pasaran yang tinggi dianggarkan RM2.5 juta.

“Tak tahu dia di mana sekarang. Dah tak harap apa-apa dari dia. Ada saja pilihan untuk dia tukar nama rumah itu kepada nama mak, biar kami yang selesaikan.

“Mesti ada sebab dia tak nak tukar nama. Dia tahu ini boleh datangkan duit. Mungkin nilainya RM2.5 juta sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq juga mendedahkan kakaknya itu seorang yang berpura-pura serta menyifatkan tindakan Shila menjual rumah berkenaan dengan menggunakan kuasa veto adalah tidak wajar.

“Sepatutnya selepas ibu bapa bercerai veto tu adalah di tangan saya sebab anak lelaki sulung tapi saya masih belum stabil…bagaimanapun dia boleh ada rasa simpati.

“Tak perlu nak back up dia. Apa yang dia tunjukkan itu fake. Saya ini orang yan benar, sebelum nak burukkan kakak, saya burukkan diri sendiri dulu,” katanya.

Sementara itu, Syafiq turut mendakwa Shila erta orang-orang terdekat dengannya pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu mereka, Fauziah Sarman.

“Apa yang dia buat tu salah. Kau sentuh mak, dengan balaci tengkin mak. Ingat aku boleh berdiam? Ramai tak puas hati dengan kau,” katanya.