fbpx

Zul Ariffin Sudah Buktikan Jadi Pelakon Berkualiti

Kenyataan di atas keluar bukan kerana Zul Ariffin mahu berlagak atau mendabik dada dengan status beliau kini yang semakin popular dan diterima ramai kerana lakonan berkesan namun ianya satu kenyataan untuk menepis dakwaan lapuk yang beliau popular kerana kontroversi.

Pelakon berusia 28 tahun ini berkata sejak awal kemunculan beliau dalam dunia seni, beliau sering dilemparkan tuduhan popular kerana gosip liar selain menumpang populariti orang lain.

BACA: Nafi Hadiah Dari Kekasih, Zul Ariffin Beli Audi A5 Dengan Duit Sendiri

“Sekarang saya sudah buktikan bahawa saya seorang pelakon yang berkualiti. Saya ingin orang kenali saya kerana hal yang berkaitan dengan kerjaya dan bukannya kontroversi atau pun gosip liar. Saya sangat suka orang menghargai karier seni saya tapi kurang gemar untuk mendedahkan hal peribadi saya kepada umum,” ujarnya kepada Mangga Online.

Selepas mencipta nama menerusi drama bersiri Rindu Awak 200%, Zul Ariffin kini digandingkan bersama pelakon baru Faey Khusairy menerusi drama terbaru berjudul Istikharah Cinta yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3. (rtky/m)