Baru baru ini ada sekeping gambar tersebar di internet mengatakan Zul Ariffin menerima hadiah mewah berupa sebuah kereta berjenama Maserati dari kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai sehingga ada yang mendakwa pelakon itu terlalu dimanjakan kekasih.

Namun, semua itu tidak benar seperti yang dijelaskan Zul Ariffin sendiri kepada media dan beliau berkata kereta baru miliknya itu berjenama Audi model A5 dan ianya dibeli dengan duit sendiri tanpa sebarang bantuan dari kekasihnya itu.


BACA: Zul Ariffin Akui Ke Kelab Hiburan, Gadis Seksi Hanya Peminat

“Saya tak minat pun Maserati. Kalau Gaya nak beli baik dia beli untuk diri dia sebab dia yang minat kereta tu. Sebenarnya Gaya yang dulu muat naik gambar kereta tu di Instagram dia. Kebetulan minggu lalu saya beli kereta baru. Kakak saya muat-naik gambar kereta saya tu di Instagramnya”

“Mungkin sebab gambar yang kakak saya muatnaik tu nampak sama macam gambar yang Gaya letak di Instgram dia. Walhal saya beli Audi A5 bukan kereta yang dihebahkan-hebahkan tu dan saya beli dengan duit saya sendiri. Sebelum ini saya mempunyai sebuah myVi, sebuah trak dan superbike. Saya jual trak dan suprbike untuk beli kereta baru itu,” jelasnya. (rtky/m)