Zul Ariffin: Saya Sudah Tunjukkan Saya Pelakon Yang Berkualiti
Kenyataan di atas keluar bukan kerana Zul Ariffin mahu berlagak atau mendabik dada dengan status beliau kini yang semakin popular dan diterima ramai kerana lakonan berkesan namun ianya satu kenyataan untuk menepis dakwaan lapuk yang beliau popular kerana kontroversi.
Pelakon berusia 28 tahun ini berkata sejak awal kemunculan beliau dalam dunia seni, beliau sering dilemparkan tuduhan popular kerana gosip liar selain menumpang populariti orang lain.
BACA: Nafi Hadiah Dari Kekasih, Zul Ariffin Beli Audi A5 Dengan Duit Sendiri
“Sekarang saya sudah buktikan bahawa saya seorang pelakon yang berkualiti. Saya ingin orang kenali saya kerana hal yang berkaitan dengan kerjaya dan bukannya kontroversi atau pun gosip liar. Saya sangat suka orang menghargai karier seni saya tapi kurang gemar untuk mendedahkan hal peribadi saya kepada umum,” ujarnya kepada Mangga Online.
Selepas mencipta nama menerusi drama bersiri Rindu Awak 200%, Zul Ariffin kini digandingkan bersama pelakon baru Faey Khusairy menerusi drama terbaru berjudul Istikharah Cinta yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3. (rtky/m)
Istikharah Cinta best…..
Zul ariffin mmg pelakon yg berbakat, versatil dan berkarisma. Aura lakonannyer begitu mantap dan menyerap ke jiwa. Terbaek!
jika lakonan mantap,, rmai suka punya – kedaionlinemy.com
Cuti dpt tengok leh tahan ah…lakonan dia mmg bagus…actress ni pun ok jugak lakonan…cuma…aku ckp cuma…knapa tak cari actress power…secocok dlm tv cam Julia Evans tau…Emma tau…yg leh rate up lagi…tapi okla actress ni for new comer lakonan bagus…;)
Saya memg suka zul berlakon,jdi terus jer nk ikot cite tu..istikarah cinta best sgt…menjadi…real jer best jer:)
Pelakon pompuan dia biasa2 jer…x nmpk apa yg kebabom…
Lakonan yg bagus..suka tgok zul berlakon bersahaja.. membawa watak yg menyentuh jiwa sape saja yg tonton cite…bg saya yg terbaik…smoga berjaya dlm karier yg d ceburi…good luck good job..
sangat romantik , membuat kan sy jatuh cinta dgn citer Istikharah Cinta nie hee
Kenapa tv selalu ambik pelakon baru sebagai heroin, cth istikharah cinta. Rindu awak 200% tu pun sama. Paling worst bila hati berbicara. Cerita menarik ttp heroin kaku
kau je la g berlakon. ntah2 kau berlakon bukan kaku g.. parkinson truihh.. hahah -.-‘ byk bunyik.. keyboard warrior je boleh ler.. aptb
BIARLAH DIA NAK AMBIL PELAKON BARU..MENGETENGAHKAN BAKAT BARU..REZEKI DIA..BIARLAH….TAKKAN NAK MUKA YG SAMA JE…
BOSS MEMANG TERBAIK :) <3…FIGHTING
Maaflah tp bg sy pelakon pempuan ni bakatnya tak cukup kuat utk digandingkan dgn zul arifin. rupa pun biasa2 jek xde aura sgt nak jd heroin. kalo siti saleha ke ok gak bakat besar rupe cun.sesuai sgt jd heroin drama adaptasi novel
zull arifin is the best,sye ska sngat lakonannya,pa lgi rindu awak 200%
xthu pulak zul ariffin prnh ade kontroversi.. mmg dia popular krna bkat dye la
Rindu Awak 200% Peratus jauh lbih baik dan terbaik setkt niey
Istikharah cinta sebuah cerita romantik jge..lah
l”
muka ada kedut..