(Gambar) Iqram Dinzly Mesra Bersama Fauziah Ghous & Lana Nordin

Dua keping gambar terbaru ini di’rakamkan ketika tiga pelakon muda ini menjalani pengambaran di’Pulau Langkawi.

Ketika gambar pertama di’atas dicampak ke dunia internet, Iqram Dinzly sertakan satu ayat yang mengukuhkan dakwaan yang sebenarnya pasangan ini bercinta.

Dalam perkembangan yang sama, Iqram Dinzly turut ‘melaporkan’ yang Lana Nordin tidak kisah memakai jam mewah berjenama Rolex untuk bermain di’pantai. Teruskan Membaca

Lana Nordin Takut Jarum Tapi Pernah Suntik Vitamin C, Bakal Jutawan

(Sumber Gambar & Berita: Lana Takut Jarum Suntikan – KOSMO! Online)

Kami pernah menulis tentang gossip yang mengatakan si Lana Nordin ini buat pembedahan hidung di’Thailand.

Hari ini Lana Nordin muncul di KOSMO! untuk menjelaskan kedudukan beliau yang sebenarnya takutkan jarum suntikan — apatah lagi untuk buat pembedahan plastik.

Namun begitu, Lana Nordin mengakui pernah mengambil suntikan Vitamin C untuk mengekalkan keaslian & kecantikan wajah beliau. Ironi bukan?

Lana Nordin juga tidak mengaku yang beliau di’bela VIP tetapi mengakui ada menubuhkan syarikat kontraktor kelas A dengan teman berpangkat Datuk.

Kami juga pernah dengar yang Lana Nordin pernah habiskan RM200,000 dalam sekali shopping & sanggup berhabid RM25,000 untuk sebuah beg tangan mewah.

Lana Nordin mensasarkan yang beliau akan bergelar jutawan sedikit masa lagi kerana projek-projek kerajaan yang di’peroleh menerusi syarikat beliau.

Kagum kami bila Lana Nordin awal-awal lagi sudah ada strategi untuk menangkis dakwaan beliau di’bela golongan VIP. Kagum!

(Gossip) Lana Nordin Lakukan Pembedahan Plastik di Bangkok?

Kalau ada yang masih ingat lagi, Lana Nordin ini pernah di’gelar Pamela Anderson Malaysia atas sebab yang tidak berapa boleh di’terima.

Kali ini beliau kembali dengan sesuatu yang baru untuk ‘peminat’ yang dambakan kecantikan.

Seorang peminat hiburan melaporkan yang Lana Nordin telah pergi ke Bangkok semata-mata untuk lakukan pembedahan hidung.

Tidak tahu apa sebab Lana Nordin mahu bina hidung baru sedangkan hidung Lana Nordin yang kami pernah nampak masih cantik molek terletak.

Jangan terkejut selepas ini jika Lana Nordin muncul di’kaca televisyen atau majalah dengan imej baru.

Wartawan pasti bertanya tentang perubahan hidung yang ketara, pasti Lana Nordin akan menafikan & muncul dengan petua tradisional kononnya.