Kejayaan Shila Amzah menempa nama di peringkat antarabangsa mahu pun di Malaysia sendiri memang tidak boleh disangkal dan kerana kecemerlangan itulah beliau telah terpilih untuk bergelar Ikon Wanita Puteri UMNO untuk tahun ini.

Pemilik nama sebenar Nurshahila Mohd Hamzah terpilih untuk gelaran itu selepas pencapaian baik beliau dalam dunia hiburan selama ini dan melalui video khas yang dirakamkan, Shila Amzah mengucapkan terima kasih kepada sayap pergerakan UMNO itu.


BACA: Diboikot Media Malaysia, Shila Amzah Akui Kini Semakin Kuat

“Untuk semua wanita muda yang sedang mendengar ucapan saya, saya berharap anda mendapat kekuatan untuk berkhidmat kepada parti dan membawa belia ke tahap yang lebih tinggi,” ujar beliau yang disambut sorakan delegasi yang hadir.

The Star turut melaporkan yang ahli Puteri UMNO yang kebanyakkan mereka juga merupakan para peminat Shila Amzah turut bersorak gembira apabila ayah Shila Amzah, ND Lala tampil di atas pentas menerima anugerah itu dari Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Tahniah buat Shila Amzah, semoga gelaran ini menjadi pemangkin semangat. (rtky/m)