fbpx

Sudah lama kita tidak mendengar khabar daripada pelakon kacak Johan As’ari yang sebelum ini pernah dihimpit kontroversi percintaan dengan beberapa pelakon wanita seperti Nabila Huda, Lana Nordin, Izreen Azminda dan juga Shila Amzah. Beberapa contoh sahaja.

Walaubagaimanapun ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru Juvana, Johan As’ari menjelaskan bahawa tidak menyangka bahawa aktres Nabila Huda bersetuju untuk bergandingan bersamanya dalam sebuah telemovie.yang berjudul Udin Glamor Balik Kampung.

“Alhamdulillah saya tidak menyangka bahawa dia mahu bergandingan bersama-sama saya dalam telemovie tersebut. Mula-mula itu ada juga saya bertanya adakah dia mahu berlakon bersama sama saya dan tak sangka bahawa dia mahu. Saya percaya bahawa dia merupakan seorang yang professional dalam kerjayanya”

“Saya juga tidak ada masalah dan bersikap professional dan sedang belajar untuk terus menjadi seorang professional yang lebih baik daripada hari ini,” ujarnya panjang lebar.

Johan turut menafikan bahawa akan timbulnya masalah sekiranya digandingkan bersama pelakon itu kerana mereka seketika dahulu pernah mempunyai hubungan yang rapat.

Tiada Masalah Dengan Bekas Teman Wanita

“Bagi saya tidak akan ada masalah walaupun kami jarang berhubung dan kadang-kalanya juga berhubung, sekali-sekala ada juga bertanyakan khabar seperti mengucapkan selamat hari ibu — hubungan kami baik tidak ada apa-apa masalah”

Selain itu, Johan turut menceritakan bahawa hubungannya bersama-sama artis wanita yang pernah dikaitkannya suatu ketika dahulu juga tidak mengalami masalah dan perhubungan itu nampaknya semaikin baik dan lancar.

“Macam Fasha Sandha sebelum ini, pergi ke Hulu Langat bersama-sama ibu saya dan mengambil gambar bersama mereka dan rasanya keadaan semakin baik. Saya memang hargai. Begitu juga dengan Shila Amzah, dan pada majlis ABPBH baru-baru ini saya terserempak dengan Izreen dan kami tidak ada masalah. Dengan Kaka pula, sudah macam adik-beradik kerana kami memang rapat sejak Fear Factor di Capetown dan sesiapa yang menonton ‘Fear Factor’ dapat lihat bahawa hubungan kami memang macam adik beradik,” katanya.

Sementara itu, Johan memberitahu bahawa dia kini masih solo dan tidak mahu perkara lepas berulang kembali kerana katanya kini dia mahu belajar dari kesilapan yang lepas dan mengenal erti cinta sebenar supaya perkara lepas tidak berulang kembali. (rtky/hfz)