Siapa sangka, dalam sebuah majlis makan malam tahunan ‘Cahaya Cinta’ yang dihadiri oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K di Johor Bahru baru-baru ini, tiba-tiba pasangan ini dijemput untuk bersanding buat kali kedua.

Dengan persiapan pelamin yang sangat cantik pada majlis tersebut, ditambah pula pakaian Siti dan juga Datuk K yang tak ubah macam pengantin, ternyata pasangan ini bagaikan tidak dimamah usia langsung. Manis mereka berdua di atas pelamin!

BACA: Siti Nurhaliza Terima Anugerah Vokal Terbaik AIM Buat Kali Ke-12

Gambar yang dikongsikan oleh Siti Nurhaliza di Instagram beliau ini memang mengundang rasa cemburu, bukan? Maklumlah sudah bertahun kahwin pun masih mampu nampak seperti pengantin baru. Apa-apa pun, kami di sini mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia. (rtky/syfq)