fbpx

Siti Nurhaliza Comel Sebagai Ketua Pengawas Bersama Peminat

Semalam telah berlangsung satu acara perjumpaan Datuk Siti Nurhaliza bersama para ahli kelab peminat Sitizone yang juga merupakan sambutan ulangtahun ke-11 mereka. Bukan sekejap rupanya kelab peminat ini ditubuhkan.

Yang menarik perhatian kami adalah konserp majlis ini yang mengambil tema alam persekolahan di mana para peminat hadir mengenakan pakaian seragam sekolah dan Siti Nurhaliza pula tampil dalam persalinan biru ala seorang ketua pengawas. Cantik!

BACA: Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Bersanding Kali Kedua Dengan Datuk K

Tidak banyak maklumat tentang majlis ini yang kami ada namun berdasarkan gambar yang dimuat naik ke laman sosial sepanjang ianya berlangsung, kami dapat rasakan kemeriahan perjumpaan ini lebih lebih apabila para peminat setia dapat meluangkan masa bersama penyanyi kesayangan.

Berikut beberapa keping gambar lagi untuk tatapan anda, enjoice! (rtky/m)