fbpx

Shila Amzah Bidas Di Twitter & Den Wahab Malas Layan

Baru baru terdedah dari mulut Den Wahab sendiri yang bapa kepada penyanyi Shila Amzah, ND Lala masih berhutang belasan ribu ringgit dengan dirinya sejak tahun 2000 lagi & ini mengundang reaksi dari Shila Amzah sendiri, melalui Twitter beliau.

Shila Amzah menulis mengakui pernah jatuh dalam perniagaan dan susah tetapi tidaklah sampai mahu meminta makan di rumah orang. Satu perkaitan yang kami sendiri tidak faham.

“Kami pernah susah, bisnes jatuh tetapi tidaklah sampai meminta untuk makan di rumah orang — kami enam orang boleh kongsi sebungkus nasi tanpa berhutang dengan awak,” tulisnya.

BACA: ND Lala Cabar Den Wahab Buat Laporan Polis, Dakwa Di Mahkamah

Shila Amzah juga menjawab dakwaan yang beliau bersikap biadap apabila mencampuri urusan orang tua dalam hal ini dan berkata ada pihak lebih biadap yang menimbulkan perkara ini kononnya ada hutang sejak tahun 2000.

“Biarlah dia nak komen apapun. Dia bukan tahu pun hutang bapa dia. Yang penting Allah Maha Mengetahui,” ulas Den Wahab tentang status Twitter itu kepada Harian Metro.

Den Wahab turut menambah yang beliau sebenarnya tidak hairan dengan hutang RM15,000 itu & akan mendermakan semuanya jika ianya dijelaskan oleh ND Lala selepas ini.

“Dia masih kecil lagi masa itu, manalah dia tahu hutang bapa dia. Biarlah dia nak kata apa, kalau dia (ND Lala) tak berhutang takkan saya gila pula nak kata dia berhutang secara tiba-tiba. Kalau dia bayar pun saya akan sedekahkan pada anak yatim dan rumah tahfiz saja. Satu sen pun saya takkan ambil,” katanya lagi. (rtky/m)