Sharifah Sakinah: Gambit Paksa Saya Buka Mulut Tentang Kisah Julia Ziegler

Masih ingat tentang opera sensasi yang melibatkan Julia Ziegler, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahira & aktor panas Gambit Abdullah? Kisah sensasi ini semakin berkembang.

Tetapi, kita boleh tolak keluar Sharifah Shahira dari kisah ini kerana sudah tidak signifikan untuk kita libatkan beliau. Kita teruskan opera dengan tiga pelakon layar sahaja.

Beberapa laman hiburan telah berjaya menemubual Julia Ziegler untuk mendapatkan kepastian — aktress ini berkata kejadian itu berlaku supaya si kakak boleh menasihatkan Sharifah Sakinah.

Menurut Julia Ziegler, semua itu tiada kena mengena dengan isu merebut Gambit Saifullah tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati terhadap Sharifah Sakinah yang menjaja cerita.

Portal hiburan GUA hari ini berjaya mendapatkan kenyataan balas dari Sharifah Sakinah tentang tuduhan Julia Ziegler yang mengatakan beliau membawa kisah buruk selebriti tersebut kepada orang ramai.

Sharifh Sakinah berkata semuanya berpunca dari Gambit Saifullah yang memaksa beliau untuk membuka mulut tentang apa yang beliau tahu tentang Julia Ziegler. Teruskan Membaca

EKSKLUSIF: Julia Ziegler Serang Kakak Aktress Muda, Sah Kini Kekasih Gambit Saifullah & Isu Peribadi

Kami mengumpul maklumat tentang kisah ini tanpa henti sejak 72 jam yang lalu selepas menerima hint pertama. Hasilnya, artikel ini yang meringkaskan kesemuanya.

Ketika semua orang sibuk & memberi tumpuan kepada majlis perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza di Kota Tinggi, Johor yang lalu, ada adegan belakang tabir yang tidak di’sedari ramai.

Julia Ziegler telah menyerang Sharifah Shahira yang merupakan kakak kepada pelakon muda Sharifah Nurul Sakinah (gambar paling kanan) dan mengeluarkan kata kata kurang senang sehingga menyentuh isu keluarga.

Kejadian ini di’sahkan sendiri Sharifah Shahira yang berjaya kami hubungi lewat petang tadi & berkata beliau agak terkejut dengan tindakan Julia Ziegler itu kerana tidak tahu menahu.

“Saya sebenarnya tidak tahu menahu pada awal’nya punca dia tiba tiba datang kepada saya dan mula meroyan. Saya cuba bercakap untuk tenangkan diri dia tetapi entah, dia terus bercakap yang bukan bukan.”

“Ya, dia ada cakap yang kami ini keturunan jahat. Tidak mengapa lagipun mulut saya kan celuar dan laju. Tidak mengapalah, saya minta maaf dengan dia di’situ juga.” Teruskan Membaca

(Gambar) Dua Bekas Kekasih Syamsul Yusof Kini Berkawan Baik

Disclaimer: Informasi ini datang sepenuhnya dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Al-kisahnya, beberapa bulan yang lalu, seorang wartawan hiburan ada menulis perihal seorang gadis bernama Nabila yang di’katakan sedang bercinta dengan Syamsul Yusof.

Dalam artikel yang sama, penulis ada menyertakan sekeping gambar menunjukkan Nabila ini kelihatan mesra bersama ibu Syamsul Yusof.

Selepas itu, semuanya senyap walaupun dalam masa yang sama Syamsul Yusof di’khabarkan bercinta dengan Julia Ziegler.

Hari ini, hubungan antara Nabila & Syamsul Yusof di’katakan tidak sampai ke mana & seperti deja vu, Nabila kini rapat dengan Diana Danielle.

Nabila di’katakan menghubungi Diana Danielle selepas masing-masing ‘bertemu’ di laman sosial Facebook.

Entah apa agenda tersembunyi Nabila untuk berkawan rapat dengan bekas kekasih Syamsul Yusof ini.

Namun, kisah mereka sebenarnya ada persamaan dengan kisah Linda Onn, Fahrin Ahmad & Scha al-Yahya. Awal Ashaari? Beliau sekadar watak tambahan.

Julia Ziegler Sedia Terima Suami Orang & Tidak Menentang Poligami

Pertama sekali, mStar Online hari ini mengeluarkan gambar Waheeda berpurdah dengan kredit ke blog ini. Awesome!

Selamat datang kepada mereka yang datang melalui mStar Online & harap anda boleh datang selalu selepas ini.

Berita pertama hari ini juga asal usulnya dari mStar Online kerana mereka sentiasa menjadi yang pertama & terbaik dalam menyiarkan berita hiburan.

Berbalik kepada tajuk, mungkin kerana melihat ‘kejayaan’ Zizie Ezette merangkul Bung Moktar, seorang lagi selebriti wanita kita rela untuk menerima cinta suami orang.

Julia Ziegler yang sebelum ini kerap di’kaitkan dengan Yusry KRU berkata beliau masih solo selepas putus cinta kira-kira 3 tahun lalu.

Julia Ziegler yang seakan serik dengan cinta lelaki turut berkata kalau boleh beliau mahu elakkan bercinta dengan suami orang namun jika jodoh beliau begitu, itu sudah menjadi ketentuan-Nya.

Dengan pengakuan ikhlas begini, harapnya ada golongan VVIP yang berminat untuk menawarkan cinta mereka kepada Julis Ziegler.