fbpx

Sharifah Sakinah Buka Pusat Kecergasan?

Pelakon, Sharifah Sakinah yang kini kelihatan semakin langsing dan fit telah mengadakan sesi latihan senaman di perkarangan KLCC bersama-sama peminat ketika hari yang dia tidak menghadiri sebarang penggambaran. Katanya, hobi itu adalah sekadar suka-suka tetapi nampaknya ada yang berminat untuk mengikutinya sejak beberapa minggu yang lalu.

“Sebenarnya sebelum ini saya ada jogging, dan membuat senaman aktiviti riadah yang lain di perkarangan padang yang luas di KLCC itu. Tetapi sejak kebelakangan itu, ramai pula peminat-peminat yang mengikuti apa yang saya buat di situ”

BACA: Marsha, Sharifah Sakinah Bakal Bintangi Program Realiti Ala Kim Kardashian

“Jadi saya pun tidak kisah, lagi ramai lagi bagus, tetapi saya kenakan bayaran sebanyak RM20 setiap seorang kerana ini adalah kos seperti bayaran tempat letak kereta di KLCC yang agak mahal berbanding di tempat-tempat lain. Bayaran itu rasanya amatlah berpatutan sekali kerana mereka semua dapat gift seperti t-shirt dan barangan yang lain,” katanya penuh teruja.

Minatnya dalam aktiviti senaman ini membuatkan dia lebih segar dan nampak berkeyakinan dalam setiap aktiviti yang dilakukannya. Selain itu, telatahnya yang sentiasa membuatkan orang tidak kering gusi apabila munculnya dia dalam sesebuah drama atau telemovie, dan disebabkan itu juga dia dikatakan generasi pelapis yang bakal menggantikan aktres lawak seperti Didie Alias.

“Saya masih baru lagi dalam bidang ini, kak Didie dah lama dan banyak pengalaman dalam industri berbanding saya ini. Cuma apa yang saya boleh katakan di sini bahawa saya sangat selesa berlakon dalam genre komedi kerana saya gemarkan watak sebegitu dan rasanya tidak ramai pelakon-pelakon baru seangkatan saya yang berlakon dalam watak komedi dan bagi saya inilah masa untuk saya tonjolkan diri dalam watak saya tersendiri,” katanya semasa ditemui di pelancaran Royal Slim Lishuo Magic & Royal Detox Platinum di Shah Alam. (rtky/hfz)