Marsha: Saya Tidak Bercinta Dengan Suami Orang, Memang Takut
Semua ini gara gara kisah kontroversi Hanez Suraya yang bercinta dengan suami orang, ramai juga artis yang sedang menjalinkan hubungan cinta ini ditanya soalan tentang status kekasih mereka — manalah tahu bergelar suami orang tetapi berlagak bujang. Eh.
Marsha Milan Londoh juga tidak terkecual terkena tempias apatah lagi apabila penyanyi, pelakon dan pengacara ini lebih suka menyorokkan identiti kekasihnya dan ianya sekali gus menimbulkan keraguan di hati orang ramai.
“Dia (teman lelaki) bukan duda atau suami orang. Dia solo (ketawa). Memang saya takut. Apa yang Hanez Suraya sedang lalui sekarang membuatkan saya agak takut sehingga saya membuat kaji selidik mengenai latar belakang kekasih. Memang sah dia bukan suami orang (ketawa)”
“Kalau boleh, saya tidak mahu terlibat dengan suami orang. Sebab kalau saya dalam situasi wanita itu, saya juga tidak suka bermadu. Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan,” ujar Marsha kepada Kosmo! hari ini.
Mengakui yang kekasihnya hanya orang biasa bukannya berstatus VIP, Marsha mengakui yang beliau memerlukan seorang teman lelaki untuk meluahkan rasa manja dalam dirinya walaupun pernah gagal dalam percintaan beberapa kali sebelum ini.
“Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja. Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lagi bagus,” tambahnya lagi yang bakal keluar dengan jenama pakaian sendiri. (rtky/m)
eeee tak handsome nye BF dia..haha tp mesti poket tebal..
helloooo..bf dia orang penang k..bukan org biasa..ank dato jgak la..bukan laki org..teruna gitewww
aku suka gile dgn suara marsha dlm cite frozen bahasa melayu…
best gile dia nyanyi lagu Let It Go!
“Sejarah ku kekal menjadi Sejarahhhhhhhhhhhhh!!!!…Bebassskannn!!”
masha ni best jugak blakon..mnyanyi…like it
Mak temah oooi. Hg ingat org pandang duit ngn pangkat macam hang? Haktuihhh
memang marsha seorang yang manja dan lembut dari segi penampilanya dilayar perak sebagai hos program propoganza marsha juga pandai berlakon dan sungguh lunak suaranya. rupa pun boleh tahan sweet and denure. boleh disamakan degan seorang model iklan juga. dulu seketika dia jatuh sakit kerana putus cinta sebab mungkin kekasihnya bukan jodohnya lagi. Marsha kalau ingin bersami mestilah cari lelaki yang sekurang2nya 7 tahun lebih tua daripadanya, yang matang dan dapat membelai apabila meruntun hati. Macam norman hakim dan memey, baru sejuk dan sesuai. Tak begitu kaya pun tak pe sebab apa yang lebih penting bagi marsha ialah seorang suami yang tahu jaga hatinya dan dapat menggembirakanya sepanjang masa. Duit boleh cari dimane2. soalnya kenalah tekun berkerja seperti scha dan awal yang kini selesa berpasangan sehingga dah nak dapat zuriat tak lama lagi.
Nura. Adakah umur satu masalah? Percintaan tak mengenal umur asalkan dua dua jujur. Jgn berfikiran kolot please. Rupa bukan ukuran. Biar hati hensem.
Tak semestinya kena cari or kawen laki 7 thn lbh tua. 2 3 thn lebih tua pun dah ok. Janji lelaki tu memang dah matang,baik,keluarga baik, ada pegangan agama dan sederhana.Saya bercakap atas pengalaman saya dah berkahwin.sekian.