fbpx

Julia Ziegler Sedia Terima Suami Orang & Tidak Menentang Poligami

Pertama sekali, mStar Online hari ini mengeluarkan gambar Waheeda berpurdah dengan kredit ke blog ini. Awesome!

Selamat datang kepada mereka yang datang melalui mStar Online & harap anda boleh datang selalu selepas ini.

Berita pertama hari ini juga asal usulnya dari mStar Online kerana mereka sentiasa menjadi yang pertama & terbaik dalam menyiarkan berita hiburan.

Berbalik kepada tajuk, mungkin kerana melihat ‘kejayaan’ Zizie Ezette merangkul Bung Moktar, seorang lagi selebriti wanita kita rela untuk menerima cinta suami orang.

Julia Ziegler yang sebelum ini kerap di’kaitkan dengan Yusry KRU berkata beliau masih solo selepas putus cinta kira-kira 3 tahun lalu.

Julia Ziegler yang seakan serik dengan cinta lelaki turut berkata kalau boleh beliau mahu elakkan bercinta dengan suami orang namun jika jodoh beliau begitu, itu sudah menjadi ketentuan-Nya.

Dengan pengakuan ikhlas begini, harapnya ada golongan VVIP yang berminat untuk menawarkan cinta mereka kepada Julis Ziegler.