fbpx

Julia Ziegler Nafikan Dakwaan Mabuk Di Sydney

Rabu lalu, kecoh juga dunia hiburan tempatan dengan khabar dari Australia yang mendakwa seorang pelakon wanita berdarah kacukan telah mabuk di tengah tengah kota Sydney selain menunjukkan perangai kurang sopan dikhalayak ramai.

BACA: Pelakon Wanita Mabuk Teruk Di Kota Sydney!

Dalam pada peminat berteka teki tentang siapakah gerangan aktress itu, nama Julia Ziegler pun terpalit sekali dek kerana beliau baru baru terbang ke Sydney, Australia untuk menjalani satu penggambaran dan kebetulan juga, beliau berdarah kacukan.

“Eh, mana ada! Mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai). Memanglah saya ni jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini”

“Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini!” katanya kepada Harian Metro.

Okay tuan punya badan sudah menafikan perkara ini berlaku maka berhentilah kita semua dari bercakap tentangnya. Heh. Berikut beberapa keping gambar Julia Ziegler di Sydney, Australia untuk tatapan anda. Enjoice! (rtky/m)