Disclaimer: Informasi ini datang sepenuhnya dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.
Al-kisahnya, beberapa bulan yang lalu, seorang wartawan hiburan ada menulis perihal seorang gadis bernama Nabila yang di’katakan sedang bercinta dengan Syamsul Yusof.
Dalam artikel yang sama, penulis ada menyertakan sekeping gambar menunjukkan Nabila ini kelihatan mesra bersama ibu Syamsul Yusof.
Selepas itu, semuanya senyap walaupun dalam masa yang sama Syamsul Yusof di’khabarkan bercinta dengan Julia Ziegler.
Hari ini, hubungan antara Nabila & Syamsul Yusof di’katakan tidak sampai ke mana & seperti deja vu, Nabila kini rapat dengan Diana Danielle.
Nabila di’katakan menghubungi Diana Danielle selepas masing-masing ‘bertemu’ di laman sosial Facebook.
Entah apa agenda tersembunyi Nabila untuk berkawan rapat dengan bekas kekasih Syamsul Yusof ini.
Namun, kisah mereka sebenarnya ada persamaan dengan kisah Linda Onn, Fahrin Ahmad & Scha al-Yahya. Awal Ashaari? Beliau sekadar watak tambahan.