Status Laman Sosial Terkini Tiz Zaqyah & Remy Ishak Undang Spekulasi Putus Cinta

Jadi, bagaimana hari anda semua untuk cuti panjang yang kesekian kali’nya ini? Oh I love Malaysia.

Ini kisah ringan untuk anda semua yang masih peduli dengan gossip hiburan tempatan, terutamanya peminat Tiz Zaqyah & Remy Ishak.

Dalam beberapa hari ini, peminat pasangan ini mula berteka teki sesama mereka apabila kedua dua mereka menghantar status terkini ke Twitter & Facebook yang boleh di’anggap meragukan.

Remy Ishak melalui Twitter beliau menulis END & Tiz Zaqyah melalui laman Facebook menulis DONE.

Dua status tersebut di’spekulasi sebagai tanda yang hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak kini sudah berakhir secara rasmi.

Namun, menurut apa yang kami faham, kedua dua perkataan itu terbit sebagai status terkini mereka merupakan tanda kepada situasi peribadi mereka dan tiada kena mengena dengan hubungan cinta.  Teruskan Membaca

Eh, Saudara Angkat Fasha Sandha Meninggal Dunia Kemungkinan Dibunuh?

Semalam kami ada membaca tentang berita jenayah yang melibatkan seorang mangsa bunuh yang di’katakan mempunyai kaitan dengan seorang selebriti popular. Tidak pula kami ambil pusing.

Namun, penulis blog jenayah On-D-Scene menulis yang beliau terlihat kelibat Fasha Sandha & Lena AF9 berada di Bilik Mayat Pusat Perubatan UKM.

Lelaki yang di’syaki mati di’bunuh ini di’kenali sebagai Mazlan Mohamad berusia 29 tahun dari Semporna, Sabah — yang juga anak angkat kepada ibu Fasha Sandha, Halijah Teh Man.

Menurut Fasha Sandha, Mazlan Mohamad merupakan seorang yang rapat dengan keluarga mereka dan kehilangan lelaki ini merupakan sesuatu yang besar buat keluarga mereka.

“Saya tidak menyangka arwah pergi dalam keadaan seperti ini dan berdoa agar di’tempatkan di’kalangan orang beriman,” kata Fasha Sandha kepada wartawan di’lokasi. Teruskan Membaca

Video: Siti Nurhaliza Lancarkan Video Klip Rasmi Falling In Love

Beberapa hari lalu, ada dengar dengar mengatakan video klip rasmi terbaru Siti Nurhaliza telah bocor ke’internet untuk beberapa jam sebelum di’tarik balik.

Hari ini, video klip rasmi untuk single Falling In Love sekali lagi kelihatan tetapi kali ini versi penuh dan bukan dari akaun rasmi Youtube Siti Nurhaliza, Siti Digital.

Video muzik yang berlatarbelakangkan pusat membeli belah untuk orang orang kaya Malaysia, Pavilion ini berkonsepkan santai & menampilkan ratusan penari professional.

Kami juga tidak pasti sama ada ini merupakan pelancaran rasmi video muzik ini atau seseorang dalam produksi Siti Nurhaliza membocorkan ke internet lebih awal.

Kami sempat berada di lokasi penggambaran video muzik ini sekitar pertengahan September lalu & tidak sangka sebulan selepas ianya di’rakamkan, produksi sudah berjaya membawakan versi penuh ke Youtube. Teruskan Membaca

Eira Syazira & Azad Jasmin Keluarkan Single Sempena Perkahwinan

Benar kata rakan media kami di majlis pernikahan Nabil & Zira petang tadi, bulan September bulan selebriti kahwin.

Itu jauh lebih dari kita peminat hiburan semua mempunyai bulan para selebriti di’tangkap khalwat bukan?

Salah satu pasangan yang sudah mengikat janji pada bulan September ini adalah Eira Syazira & Azad Jasmin. Mereka bernikah 16 September lalu di Putrajaya.

Namun begitu, majlis resepsi di’kedua dua belah pihak akan di’langsungkan sekitar November tahun ini — 18 November untuk Kuala Lumpur & 26 November untuk majlis di Pulau Pinang.

Dalam kesibukan mengatur & mempersiapkan majlis resepsi mereka nanti, Eira Syazira & Azad Jasmin sempat merakamkan sebuah single terbaru duet antara mereka berdua berjudul Sajak Dari Hati.

Eira Syazira menulis di laman Facebook rasmi beliau yang lagu penuh Sajak Dari Hati bakal di’lancarkan tidak lama lagi.

Kami berharap ianya akan di’lancarkan ketika majlis resepsi mereka, lebih bermakna. Anda boleh dengarkan preview lagu Sajak Dari Hati nyanyian Eira Syazira & Azad Jasmin selepas ini. Teruskan Membaca

Video: Persembahan Live Siti Nurhaliza Ketika Pelancaran Album Inggeris

Mari kita teruskan demam Siti Nurhaliza untuk hari ini dengan video persembahan live Siti Nurhaliza ketika pelancaran album Inggeris pertama beliau All Your Love semalam.

Kami pasti persembahan pertama untuk lagu Falling in Love adalah 100% live tetapi kami juga agak pasti yang lagu kedua berjudul Remember You yang menampilkan nyanyian bersama Sean Kingston merupakan miming.

Seperti kami katakan dalam entri sebelum ini, kami sukakan lagu duet Siti Nurhaliza & Sean Kingston yang pada kami memang di’luar kebiasaan Siti Nurhaliza — dan mampu untuk popular.

Cakap banyak pun tiada guna’nya, tonton video persembahan live di’atas dan kalau berani, kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Lontarkan pendapat yang jujur dan ikhlas please. Teruskan Membaca