Pekin Ibrahim Malas Bercakap Tentang Uqasha Senrose, Sibuk Bekerja
Pelbagai isu dan kontroversi telah melibatkan dua pelakon sensasi ini. Kadangkala ada kenyataan yang diberikan berbelit-belit & agak keliru dengan masalah yang dihadapi oleh mereka berdua.
Bertemu dengan sang jejaka, Pekin Ibrahim di lokasi penggambaran filem Juvana semalam telah menjelaskan segala-galanya yang dia tidak mahu lagi memikirkan soal hubungannya bersama pelakon cantik, Uqasha Senrose yang dikhabarkan telah berakhir.
BACA: Uqasha Senrose Dakwa Tidak Pernah Bertunang Dengan Pekin Ibrahim
“Saya tidak ada komen pasal ini dan saya sibuk bekerja. Saya dengan dia tidak ada apa-apa lagi dan saya ada kehidupan saya sendiri. Lagipun kita ini lelaki buat apa lagi nak fikir benda-benda yang sebegitu sekarang ini ‘kan?” ujarnya ringkas.
Fokusnya kini hanyalah bekerja sahaja dan tidak mahu lagi memikirkan kisah-kisah percintaannya yang lepas. Pekin turut memberitahu bahawa tidak ada lagi jalan untuk berbaik semula selepas apa yang telah berlaku dalam hubungan mereka.
“Saya sekarang lebih utamakan soal kerja dan sangat sibuk. Nampaknya memang tidak ada jalan untuk berbaik lagi dan saya sendiri pun memang tidak mahu lagikan pula Uqasha. Kalau nak kata saya playboy saya tidak ada masa untuk semua itu”
“Anda semua boleh lihat bahawa saya memang sibuk menjalani penggambaran dan masa banyak dihabiskan di lokasi penggambaran. Selepas ini saya tidak mahu memberikan kenyataan apa-apa sahaja mengenainya dan cukuplah sampai di sini sahaja,” ujarnya ringkas. (rtky/hfz)
Noob
aih ada lagi ke juvana ni
gambar pekin dan Uqasha Senrose bertunang..pekin tunjuk bukti 10 gambar—> gambar peribadi pekin
Sudah la pekin…
Kau ni dari dulu bergosip cinta nak rak dgn ayu raudah pun x kemana psl kau tu x serius… dah nak becinta lelame buat per… nak simpan anak org sampai jd pekasam ker???
bgs la pekin oi… nama ko dh hot bkn sbb gosip murahan pn selama ni. dl pn si adik che ta nk up kan nama, mcm2 cerita dia jaja. ni si gemuk kakak nelydia plk. ko sedar tak retis2 sendu yg bru nak up, gn ko je utk nk glemer.
Kesian Pekin. Uqasha tu dah la hot nak mampuih. Tak dak rezeki nampaknya. Kakaka
hot ke uqasha tu?? jendol je dahi dia aku tgk…cantik lagi nelydia..
Uitt. Dahi jendol. Mantop kot
jodoh di tangan allah..kalau kita merancang allah yang menentukan..apa2 pun sye doa kan yg terbaek untuk pekin..you the best actor bagi sye…love you lah…