Gambar: Aksi Bertenaga Faizal Tahir Di Suara Kami 2011 & Pesanan Khas

Dan, kita kembali ke liputan slowpoke untuk konsert & karnival Suara Kami 2011.

Di’mana pun kami berada, jika ada nama Faizal Tahir sebagai salah seorang artis, persembahan beliau sentiasa di’nanti.

Konsert Suara Kami 2011 malam semalam tidak terkecuali & nyata persembahan bakal lagenda ini tidak mengecewakan.

BONUS: Ketika sidang media Suara Kami 2011, Faizal Tahir memberitahu beliau tidak bercadang untuk merakamkan album Inggeris dalam masa terdekat tetapi tidak menolak kemungkinan di’masa hadapan.

Kami memilih beberapa keping gambar untuk tatapan anda yang meminati Faizal Tahir yang sempat jurugambar kami rakamkan sepanjang kemunculan beliau di’atas pentas Suara Kami 2011.

Juga tidak ketinggalan rakaman video pesanan khas dari Faizal Tahir buat anda semua selepas ini. EnjoiceTeruskan Membaca

Dengarnya, Faizal Tahir Rancang Mahu Menyanyi Dalam Air Di AJL 2011

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Kalau sudah namanya Faizal Tahir, pasti ada sesuatu yang lain dari yang lain bakal beliau sajikan buat peminat hiburan tanah air.

Dengarnya, Faizal Tahir bakal melakukan kelainan di persembahan beliau pada Anugerah Juara Lagu ke-25 bulan hadapan.

Faizal Tahir di’khabarkan akan cuba untuk menyanyi dalam air & set up satu kolam yang besar di’atas pentas AJL 2011 nanti.

Satu idea yang menarik dari Faizal Tahir kerana lagu beliau yang layak ke peringkat akhir AJL kali ini pun bertajuk ‘Hanyut’.

Kita nantikan sahaja sama ada idea ini bakal menjadi realiti atau tidak. Khabarnya idea ini masih dalam proses untuk mendapat kelulusan pihak TV3.

Dan, siapa masih ingat insiden Faizal Tahir hampir lemas dalam kolam tidak lama dulu? Heh. Kredit gambar kepada Zarith Zulkifli.

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out! Teruskan Membaca

Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke-24

‘Pergi’ ciptaan eksklusif Pete Teo & nyanyian merdu Aizat menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-24.

Persembahan ‘Pergi’ oleh Aizat pada malam ini turut di’iringi dengan slideshow individu berbakat yang telah meninggalkan kita – termasuk Yasmin Ahmad.

Jika ada persembahan terbaik bertemakan semangat 1Malaysia, Aizat pasti pemenangnya. Sekali lagi, tahniah Pete Teo & Aizat!

Senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu ke 24 selepas ini. Termasuk komen secara langsung kami. Teruskan Membaca

Faizal Tahir Telan Painkillers Demi Persembahan Anugerah Juara Lagu

Berita baik, Faizal Tahir akan sampaikan sendiri lagu Bencinta.

Anugerah Juara Lagu 24 yang akan berlangsung Ahad ini bakal menyaksikan Faizal Tahir mempertaruhkan kesihatan demi peminat & seni.

Faizal Tahir yang telah di’sahkan doktor menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) di’nasihatkan untuk berehat selama dua bulan.

Namun atas kemahuan & tekad untuk membawakan sendiri Bencinta, Faizal Tahir sanggup untuk menelan ubat tahan sakit (painkillers) pada malam itu nanti.

“You can say it’s not worth it, putting my health at risk. Tapi apa yang berlaku selepas itu, akan berlaku. Saya pun tak tahu jika saya dapat melakukan ini lagi.” – Gua.com.my

Kami doakan semua yang terbaik buat Faizal Tahir & berharap ada sesuatu yang beliau boleh bawa pulang pada malam tersebut.

12