Siti Nurhaliza Bakal Anjurkan Konsert Gabungan Aizat & Faizal Tahir
Untungnya menjadi Aizat & Faizal Tahir. Ada mentor yang memandang tinggi bakat nyanyian mereka.
Siti Nurhaliza yang kita kenal memang jarang mengangkat penyanyi lain melainkan beliau kagum & teruja dengan bakat yang mereka ada.
Februari ini, syarikat milik Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza Productions (SNP) akan menerbitkan sebuah konsert gabungan dua artis berbakat Aizat & Faizal Tahir.
‘Konsert Satu Suara bersama Simfoni Orkestra Kebangsaan’ yang julung kali dianjurkan itu bakal mengisi slot program Istana Budaya (IB) pada 12 hingga 14 Februari 2010.
“Faktor utama yang menarik minat saya memilih Aizat dan Faizal Tahir ialah kerana bakat besar yang mereka miliki,” kata Siti Nurhaliza kepada media.
Tags: Aizat, Aizat Konsert Satu Suara, Aizat Live, Beli Tiket Konsert Satu Suara, Faizal Tahir, Faizal Tahir Konsert Satu Suara, Faizal Tahir Live, Istana Budaya, Jadual Konsert Faizal Tahir & Aizat, Konsert Aizat & Faizal tahir, Konsert Live Aizat, Konsert Live Faizal Tahir, Konsert Live Faizal Tahir Aizat, Konsert Satu Suara, Konsert Satu Suara Istana Budaya, Konsert Siti Nurhaliza, Tiket Konsert Satu Suara, Video Konsert Satu Suara, Youtube Konsert Satu Suara