fbpx

Gambar: Aksi Bertenaga Faizal Tahir Di Suara Kami 2011 & Pesanan Khas

Dan, kita kembali ke liputan slowpoke untuk konsert & karnival Suara Kami 2011.

Di’mana pun kami berada, jika ada nama Faizal Tahir sebagai salah seorang artis, persembahan beliau sentiasa di’nanti.

Konsert Suara Kami 2011 malam semalam tidak terkecuali & nyata persembahan bakal lagenda ini tidak mengecewakan.

BONUS: Ketika sidang media Suara Kami 2011, Faizal Tahir memberitahu beliau tidak bercadang untuk merakamkan album Inggeris dalam masa terdekat tetapi tidak menolak kemungkinan di’masa hadapan.

Kami memilih beberapa keping gambar untuk tatapan anda yang meminati Faizal Tahir yang sempat jurugambar kami rakamkan sepanjang kemunculan beliau di’atas pentas Suara Kami 2011.

Juga tidak ketinggalan rakaman video pesanan khas dari Faizal Tahir buat anda semua selepas ini. Enjoice

Gambar & video terima kasih kepada jurugambar penuh dedikasi kami Abdus Fauzi, Adam Noah & Adie Zhafran. Kami akan terus bekerjasama untuk membawakan yang terbaik untuk anda.