fbpx

Faizal Tahir Telan Painkillers Demi Persembahan Anugerah Juara Lagu

Berita baik, Faizal Tahir akan sampaikan sendiri lagu Bencinta.

Anugerah Juara Lagu 24 yang akan berlangsung Ahad ini bakal menyaksikan Faizal Tahir mempertaruhkan kesihatan demi peminat & seni.

Faizal Tahir yang telah di’sahkan doktor menghidap penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) di’nasihatkan untuk berehat selama dua bulan.

Namun atas kemahuan & tekad untuk membawakan sendiri Bencinta, Faizal Tahir sanggup untuk menelan ubat tahan sakit (painkillers) pada malam itu nanti.

“You can say it’s not worth it, putting my health at risk. Tapi apa yang berlaku selepas itu, akan berlaku. Saya pun tak tahu jika saya dapat melakukan ini lagi.” – Gua.com.my

Kami doakan semua yang terbaik buat Faizal Tahir & berharap ada sesuatu yang beliau boleh bawa pulang pada malam tersebut.