fbpx

Faizal Tahir: Isu Bercerai Tidak Timbul

Beberapa hari lalu ada media mengeluarkan gossip bahawa rumahtangga Faizal Tahir & isteri sedang dalam ambang perpecahan.

Gossip turut menyatakan yang Faizal Tahir & isteri masing-masing sedang mencari peguam untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Hari ini, Faizal Tahir muncul memberi kenyataan yang semua itu tidak benar sama sekali & beliau bahagia dengan keluarga sekarang.

“Bila saya dapat tahu cerita ini pada Ahad lalu daripada mak saya, terus saya tergelak sebab saya tak tahu dari mana cerita, sumber dan asal-usul cerita itu.”

“Isteri saya pun tergelak apabila orang lain menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) sedangkan saya seorang suami dan bapa yang prihatin dengan waktu yang harus luang untuk keluarga.”

Baguslah jika tiada apa-apa yang berlaku. Sebagai peminat kita harus doakan yang baik-baik sahaja. Kalau jadi apa-apa, jangan sorok ya Faizal Tahir.