fbpx

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10

(Kredit Gambar: Ribuan Terima Kasih Buat Sahrudin Yusof)

Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul anugerah Bintang Paling Popular 2009 malam ini. Merupakan satu kejutan buat kami sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui isi perut sepanjang majlis anugerah berlangsung, baca liveblogging kami selepas ini, sebelum video keluar di Youtube.

Terima kasih kepada semua yang mengikuti liveblogging ini & tahniah buat semua pemenang malam ini. Kita jumpa lagi tahun hadapan. Peace out!

1955hrs- Zizie Ezzete datang ke ABPBH 2009/10 bersama Bung Mokhtar. Penampilan pertama bersama di majlis anugerah kami rasa (via Sultan Muzaffar)

2021hrs – Ha pilih! Temubual bersama Perdana Menteri di NTV7 atau ABPBH 2010 di TV3. (Tidak berapa relevan)

2055hrs – 5 minit sebelum bermulanya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009/10 di TV3. Doakan Maxis broadband beraksi cemerlang malam ini.

2056hrs – Tidak relevan tetapi tahniah buat Kevin Zahri & Rio Elani yang melangsungkan resepsi perkahwinan mereka di Dewan Perdana Felda malam ini (via Sazzy Falak).

2100hrs – Majlis bermula. Bunkface & Faizal Tahir sebagai persembahan pertama membawakan Revolusi. Suka Juliana Evans. Apa kejadah make-up Sam, macam kucing.

2106hrs – Pengacara kecoh anda malam ini, Raja Azura & Sharifah Shahira. Lagy Gaga FTW! *Nampak Tiz Zaqyah sibuk main SMS, kot*

2112hrs – Awal Ashaari, Scha al-Yahya & Ummi Nazeera sebagai penyampai pertama. Ummi Nazeera terbang khas dari Melbourne katanya.

2115hrs – Pengacara TV Lelaki Popular kepada Aznil Hj Nawawi untuk kali ketujuh & Pengacara TV Wanita Popular kepada Fara Fauzana. Al-fatihah buat Din Beramboi.

2119hrs – Kami tidak perasan tentang ini tetapi Ridzuan Richie kata Scha al-Yahya sebut Melbourne, USA. Isk.

2127hrs – Tengku Mariam (Kak Yong) & Chef Wan sampaikan anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular kepada Faizal Ismail & Penyampai Radio Wanita Popular kepada Fara Fauzana, sekali lagi.

2134hrs – One Nation Emcee & M Daud Kilau (Raja Gelek?) di’atas pentas sekarang. Gandingan unik kedua selepas Bunkface & Faizal Tahir.

2141hrs – Anne, Ikhwan & Nor Ashimah Ramli (Juara Idola Berita Harian) sampaikan anugerah Artis Berkumpulan/ Duo Popular kepada Bunkface, seperti di’jangka.

2151hrs – Shaheizy Sam, Yana & Along Raja Lawak (Geng Adnan Sempit) sampaikan anugerah Artis Lelaki Komedi Popular kepada Nabil Raja Lawak & Artis Wanita Komedi Popular kepada Noorkhiriah.

2156hrs – Azlan & The Typewriter di’atas pentas sekarang membawakan Kelibat Si Penyair. Mungkinkah Meet Uncle Hussain & Black juga akan buat persembahan?

2200hrs – No wonder Kelibat Si Penyair tidak popular, lagu banyak jerit. Melodi mendatar macam dada Kiera Knightley.

2209hrs – Salina Saibi, Noralbaniah & Shamsul Yusof sampaikan anugerah Artis Baru Lelaki Popular kepada Black Mentor & Artis Baru Wanita Popular kepada Yuna, what a suprise!

2213hrs – Okay ramai sangat atas pentas ni. Hafiz, Akim, Aril AF7 & Dafi bawakan Fanatik (KRU). Diana Danielle, Ainul Aishah, Marsha & artis mic mati bawa lagu entah apa tajuk, Elite kot. Boy, I feel old already.

2228hrs – Rosyam Nor, Watie Sadeli & Fauziah Latiff sampaikan anugerah Pelakon TV Lelaki Popular kepada Remy Ishak & Pelakon TV Wanita Popular kepada Tiz Zaqyah, yeah!.

2235hrs – Rabbani, Munif Hijjaz & Nazrey membawakan Kau Pergi Jua (versi edit) sempena memperingati pemergian Ustaz Asri. Al-fatihah.

2240hrs – M Nasir & Nora, manis’nya bertudung di’pentas sampaikan anugerah Artis Nasyid Popular kepada Rabbani.

2248hrs – Azlina Aziz, Zainuri (VIP Berita Harian) & Shidee sedang sampaikan anugerah Penyanyi Lelaki Popular kepada Aizat, phewit!

2250hrs – Dan, anugerah Penyanyi Wanita Popular jatuh kepada Dato’ Siti Nurhaliza, untuk kesekian kali’nya (kali terakhir kata beliau).

2253hrs – Adam & Stacy mengambil alih pentas dengan lagu penuh kehancuran, Menggegar Dunia. Layankan sahaja.

2302hrs – Ogy Ahmad Daud, lagenda pengacaraan & David Teo, jutawan filem Melayu sampaikan anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular kepada Que Haidar, wtf!

2308hrs – Dan, anugerah Pelakon Filem Wanita Popular kepada Liyana Jasmay. Cakap banyak pula David Teo ni.

2315hrs – Alyah, Dayang Nurfaizah & Datuk Khatijah Ibrahim sekarang membawakan Ku Pendam Sebuah Luka & Doa Buat Kekasih. Gabungan vokal yang agak mantap buat kami. Enjoice!

2326hrs – Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat untuk Datuk Khatijah Ibrahim. Baru lepas nyanyi, terus dapat anugerah khas. Nice!

2335hrs – Anugerah paling di’nanti-nantikan semua, Bintang Paling Popular 2009 jatuh kepada Dato’ Siti Nurhaliza dengan 225,300 undi. Tahniah atas kejutan ini. Heh!