BOTB: Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012, Neelofa & Diana Danielle. Fight!

Sudah kembali ke pejabat semua selepas sehari lagi cuti wahai si penduduk Wilayah Persekutuan?  Mari sambung misi gossip kita semua dengan Batthe of the Babe!

Untuk kali ini, kami gandingkan 2 orang selebriti wanita yang kini meniti bibir bibir peminat hiburan Malaysia — dan juga tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2012 yang akan datang.

Neelofa yang bakal hangat dengan filem Azura 2012 ini tercalon Top 5 Artis Baru Wanita Paling Popular dan Diana Danielle tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Paling Popular. Sudah dapatkan nashkah Berita Harian anda untuk mengundi mereka berdua ini?

Sebagai aktiviti ringan seperti biasa, siapakah di’antara Diana Danielle dan juga heroin baru filem Melayu, Neelofa menjadi pilihan anda untuk menyerlah dalam dunia hiburan sepanjang tahun 2012 ini?

Siapakah Pilihan Anda Untuk Merangkul Gelaran Artis Baru Wanita Popular Untuk #ABPBH25?

View Results

Loading ... Loading ...

Teruskan Membaca

Gambar: Aaron Aziz Dan Isteri Kini Di Tokyo Untuk Lawatan Bersama Drive M7

Rasa’nya seperti semalam kami dengar Aaron Aziz tercedera di set pengambaran KL Gangster 2, kini pelakon kegemaran ramai ini sudah berada di Tokyo, Jepun.

Patutlah semalam tidak kelihatan kelibat Aaron Aziz walaupun telah tercalon dalam dua kategori untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 (#ABPBH25).

Aaron Aziz akan bersaing dengan selebriti lain untuk merebut title Pelakon TV Lelaki Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Paling Popular April nanti.

Dengan tahap populariti yang beliau capai hari ini, adalah tidak mustahil untuk Aaron Aziz pulang dengan kedua dua gelaran — dan tidak juga mustahil untuk hero Ombak Rindu ini bergelar Bintang Paling Popular.

Aaron Aziz kini berada di Tokyo, Jepun mengikuti rombongan Drive M7 untuk satu lawatan ke tanah tempat lahirnya minuman tenaga yang mana Aaron Aziz telah di’lantik untuk menjadi jurucakap.  Teruskan Membaca

Undi: Pelakon TV Lelaki Popular Untuk Anugerah Bintang Popular 2010

Tahun lepas kami hanya sempat letakkan undian rambang untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular, tahun ini kami cuba untuk lakukan untuk semua kategori.

Untuk kali ini, kami tampilkan pula undian rambang kami untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Kami pasti ketika membaca entri ini, anda masih membayangkan drama Fasha Sandha & Nora Danish yang sedang berlangsung hangat. Layankan sahaja.

Keputusan undian tanpa kesan untuk Pelakon TV Wanita Popular masih boleh anda ikuti & kini ia’nya didahului selesa oleh Tiz Zaqyah dengan 51% undian.

Siapakah Calon Pilihan Anda Untuk Menang Kategori Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2010?

View Results

Loading ... Loading ...

Undi: Pelakon TV Wanita Popular Untuk Anugerah Bintang Popular 2010

Hari Sabtu adalah hari bermalas malasan untuk kebanyakkan orang. Ini termasuk kami yang tahu menghargai hari Sabtu nan indah ini.

Termasuk juga salah seorang calon untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular — Tiz Zaqyah, yeah, kami tahu anda masih di’atas katil ketika ini. Jangan marah.

Sebagai aktiviti ringan kita di hari Sabtu ini, apa kata kita lakukan sedikit kajian rambang untuk Anugerah Bintang Popular 2010.

Untuk edisi kali ini, kami memilih kategori Pelakon TV Wanita Popular sebagai kategori pertama dalam kajian rambang kami yang sedikit pun tidak mempengaruhi undian sebenar.

Siapakah Calon Pilihan Anda Untuk Menang Kategori Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2010?

View Results

Loading ... Loading ...

Senarai Akhir Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Ya. Jika anda perasan yang senarai di’bawah seperti pernah anda lihat, kami copy pasta dari blog hiburan popular, Budiey (terima kasih!).

Tiada apa yang mengejutkan buat masa ini untuk senarai di’bawah namun siapa tahu ada kejutan besar pada malam anugerah nanti.

Satu yang kami nampak, dunia indie telah melahirkan ramai artis berkumpulan sehingga mampu mencatatkan penyenaraian penuh artis indie dalam kategori ‘Artis Berkumpulan/Duo Popular’.

Senarai penuh finalist Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) selepas ini. Nantikan keputusan’nya April nanti! Teruskan Membaca

12