Seperti biasa, kehadiran aktress Nur Fazura sekali lagi menjadi perhatian media & juga hadirin ke sidang media Anugerah Bintang Popular ke 25 petang semalam.

Nur Fazura hadir ke sidang media ini untuk melancarkan sebuah pertandingan online untuk para peminat dan juga pengguna LUX.

Pertandingan yang sangat mudah untuk di’sertai ini menawarkan hadiah yang tidak ternilai dengan wang ringgit — berjalan di karpet merah pada malam Anugerah Bintang Popular ke 25.

Selain daripada itu, pemenang tempat pertama juga akan terima pakej pelancongan ke Saigon, Vietnam untuk dua orang bersama artis yang masih belum di’umumkan siapa. Jika artis itu Nur Fazura, double jackpot!

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini di laman Facebook rasmi LUX atau layari laman khas pertandingan ini di’laman rasmi Anugerah Bintang Popular ke 25. Good luck!