Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang & Pembaca ABPBH25

Satu majlis penyampaian hadiah untuk para artis & pembaca Berita Harian yang bertuah telah berlangsung di Holiday Villa Hotel and Suites, Subang Jaya kelmarin dengan kehadiran hampir semua pemenang utama pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 yang lalu.

Aaron Aziz yang merupakan Artis Paling Popular ABPBH ke 25 menerima habuan beliau berupa Nissan Teana 2.5L tajaan edaran Tan Chong Motors selain seutas rantai mutiara Rafflesia bernilai RM250,000 dan wang tunai RM3,000 untuk anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular.