fbpx

Isu Cemburu: Diana Danielle Enggan Komen

“No comment. Soalan itu saya tidak mahu jawab. Terima kasih,” itu ulasan ringkas Diana Danielle ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta Lips Ice bertempat di Flora Terrace, Hampshire Place, petang tadi. Sambil memberikan reaksi senyum kelat.

Diana Danielle enggan mengulas lanjut tindakannya meluahkan rasa tidak puas hati ekoran sekeping gambar Nora Danish bersama suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik oleh pelakon wanita itu di laman Instagramnya, sekitar minggu lalu.

BACA: Diana Danielle Luah Rasa Cemburu Terhadap Nora Danish

Meskipun diaju satu persatu pertanyaan, Diana tetap memberikan jawapan yang sama iaitu tidak mahu memberikan sebarang komen tentang isu cemburu tersebut.

Dan serta merta juga Diana diberi isyarat oleh pengurusnya yang juga merupakan adik iparnya, Fadzil Zahari agar dia bangun dan segera beredar dari media.

“Okay, masa lima minit dah tamat,” kata Fadzil lalu terus menghentikan sesi temubual.

Sementara itu pada Rabu lalu,Farid Kamil yang ditemui pada satu majlis ada membuat kenyataan meminta mana-mana pihak yang terasa dengan tindakan Diana itu memohon agar pihak berkenaan memaafkan isterinya itu.

BACA: Farid Kamil Minta Semua Pihak Maafkan Diana Danielle, Anggap Perkara Biasa

Jelas Farid, dia tidak menafikan kemungkinan tindakan isterinya itu atas dasar cemburu. Namun meminta masyarakat memahami situasi mereka sebagai pasangan yang boleh dikatakan masih lagi baru memasuki alam perkahwinan. (rtky/fr)