Ziela Jalil Terima Komen Penonton Drama Daripada Sudut Positif
Ziela Jalil selaku penerbit drama Dia Isteri Luar Biasa memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan adegan dalam drama terbitannya yang dianggap sebagai maksiat dan terpesong daripada ajaran agama Islam.
BACA: Peminat Dakwa Drama ‘Dia Isteri Luar Biasa’ Tidak Bermoral?
“Apabila bercakap tentang hukum hakam Islam, saya tidak mengiakan benda yang salah dan tidak menghalalkan cara. Kalau nak ikutkan, banyak benda yang kita tidak boleh buat dalam drama. Bukan senang… Sebagai contoh, saya seorang ibu seronok melihat kepulangan anak lelakinya”
“Kalau seronok, takkan nak berdiri dan tunjuk mimik rasa gembira sahaja. Mesti kena peluk sebagai tanda sayang dan rindu. Bagaimanapun segala kritikan yang diberi saya terima dengan fikiran terbuka dan akan lebih berhati-hati menghasilkan drama pada masa akan datang,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Ziela Jalil, dia memandang positif setiap komen yang diterima namun menyifatkan drama-drama penerbitannya itu masih lagi ada unsur-unsur teladan yang boleh diambil contoh selain menyatakan golongan penerbit sepertinya tidak patut dipersalahkan sekiranya ada kanak-kanak rosak akhlak.
“Tidak patut rasanya drama ini dipersalahkan jika akhlak anak-anak itu tidak baik. Bukan Dia Isteri Luar Biasa sahaja, tetapi juga drama-drama lain. Saya percaya pembentukan akhlak anak-anak bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri,” jelasnya. (rtky/s)
ending cerita ni amat mendukacitakan…anti klimax.
episod die sepatutnya 28 .. tp dijadikan 26 disebabkan byk sgt kontroversi.. jd byk part xde dan ending die agak hambar.. try baca novel die .. ending novel die best..
NENGOK CERITA MAIL&SUDIN SAMBOT RAYA LAGI BEST………..GELI HATI,JANTONG AKU MENENGOKNYER……….
aku tak tgk pun..ending dia mcmana?
Ending utk habiskn masa je… Dlm ertikata ending buang masa…
ye la..ending dia??
ada yang mati ke.. ada yang sawan mcm AA tu ke..hahahaa
Yang aku paling annoying part Raden sengaja buat perangkap bagi kena tangkap basah….Serious MENGARUT!!!
memang lah akhlak anak perlu di didek dari kecil. Like the saying goes.. charity begins at home. Tapi kalau drama2 melayu hari ke hari asyik berkisar dgn dunia percintaan, lama kelamaan sikit demi sikit, perkara ni menyusup jugak kedalam jiwa anak2 muda sehingga mereka boleh terikut ikut dengan apa yang di pertontonkan mereka. Penerbit kena lah berfkir jalan terbaik untuk menegakkan isu moral dan etika dalam drama supaya muda mudi tidak hanyut dgn dunia percintaan.
Pengarah gersang lahirkan perasaan melalui dramanya.. phui..
Mmg lah drama lain pun camtu…tapi kalau drama lain buat…kita jgn lah buat sekali.Kalau kita pun buat sekali…xde bezanya lah kita pun.
Think out of box lah sayang….Biar kita yg jd perintis.Penerbit dan pengarah lain biar pergi melingkup.
Filem Iran kisah laki bini…langsung xde adegan pegang2…menang award merata dunia…boleh jer kan….
Aku nak citer sikit.. dulu aku kaki TV. Sekali TV aku rosak xde duit nak beli baru. Mula2 rasa kekok. Tapi sekarang aku rasa tanpa TV hidup aku lg bahagia. Ada masa nak brgurau senda dan sembang dengan keluarga. Nak tau cerita terbaru? hari2 beli newspaper & tengok FB aje. zaman internet katakan.
Moga Ziela jalil ni diberi petunjuk oleh Allah… dan kita pun pilih la drama yg baik2 nak tengok. Tengok TV bila perlu jer sebab berita sekarang pun banyak yg fitnah. Lebih baik tak tengok TV terus lah… kita penonton yg kena bijak. jangan sokong benda2 ni, jangan tengok. Pantau anak2 tengok TV. Jangan benarkan anak2 tonton filem2 maksiat mcm ni.
Begitulah lumrah manusia..mana pernah senang dgn apa yg org lain buat. Jika diri sndiri atau saudara mara yg berlakun dlm drama2 sbgitu tntu sukakn??… Flem barat korang sokong dn tgok walau pun ada adegan yg x ptut dtgok. Bagaimana drama melayu nk maju klau bangsa sendiri asyik nk komen je?? Lain kali tgok je ceramah jer..smua channel ada! Syabas dn tanhiah utk Ziela Jalil..drama anda berjaya!! Sbb itu org x suka.
Cerita dia isteri luar biasa sangat menarik saya suka dengan perlakon2 seperti shukri yahaya and fathia latip :)
Sebenarnya, DILB BUKANlah drama pertama yang dilontarkan kritikan ramai. Banyak dah drama2 seksi maghrib yang ditegur oleh penonton Islam sebelum2 ni. Contoh: Playboy Itu Suamiku, Isteri Separuh Masa, Suamiku Ustaz, & banyak lagi. Kritikannya lebih kurang sama – “lakonan terlalu mesra antara pelakon yang tiada ikatan nikah”.
Jadi, janganlah terlalu hairan. Kritikan ke atas DILB kini adalah rentetan drp komen terhadap drama Melayu lain sblm ini. Apa yg diharapkan, dgn teguran berterusan oleh org ramai, produser drama utamakanlah tanggungjawab sosial/agama. Tak guna mengaut keuntungan wang apabila kesannya ialah normaliasi maksiat berlaku, iaitu tabiat membuat/menerima/menyokng maksiat semakin berleluasa.
Assalam mualaikum.. Can I say smthng.. Why all of u being like a child..?? Oowwhh come on.. Think postve ok..?? X perlu kot nk komen buruk org.. Da nme pon brlakon.. Nk blyh kte ap.. Yg jdy mslhnye org yg komen bruk uhh.. Da klw tanak tngok.. X prlu tngok.. Just layan ceramah 24 jam lg bgus.. Iman korang da perfect sngt kew..?? Nk tegur brpda pda.. Jngn smpai nl mnghna.. Come on lha.. U guys just wt lwk jew at laman sosial ni.. Drpd nk komen buruk.. Lbih baik brdoa atas kbaikan org jew.. Da lpew kew.. Doa uhh kn snjata mukmin.. Da da.. Tamau jdy bdak2.. Memalukan jew.. #tde niat nk sokong spew2.. Just beri nasihat bg pndngan sye jew.. Klw nk ikutkn due2 slh… Think about it.. Tpuk dda tnyew iman.. Btul or x ap yg kte da lkukan.. Okay.. Sye mnta maaf klw ad trksar bhase.. Jdy lha org muslim yg brtauladan.. Assalam mualaikum..
Cubalah guna bahasa dan ejaan yang betul.. Penat cikgu sekolah awak dulu mengajar..
Dik, kalau nak tunggu iman kita sempurna baru boleh menegur, alamatnya sampai kiamatlah takde orang yang boleh tegur..
Manusia itu fitrahnya tidak sempurna, jadi bagaimana untuk kita jadi seorang yang sempurna imannya ??
Kau ni eja pun tak betul .. lagi lah mcm budak2 x cukup zat. Berbelit lidah aku nak membacanya…
cerita ni paling membosankan bg saya
erm..kalo dah tau syarak x membenarkan pegang2 cium2..jgn lah berkecimpung dgn perkara yg membuatkn kita perlu melakukan perbuatan tersebut…”eh,ni berlakon je…” ok nnti jawab la mcm ni kt sana nnti…
Semoga Pn Zeila Jalil tabah menghadapi segala teguran, kejian dan pujian, bukan senang nak bikin drama mengikut kehendak semua orang, berdepan dengan segala cabaran antara kehendak islam sebenar dan duniwai, apa2pun terselit juga mesej tauladan DILB ….
kenapa masyarakat moden ni selalu pertikai drama yg disiar baik dlm tv atau wayang. knapa drama yg disalahkn bila adany unsur maksiat. pd pndpt saya hdk mndidik ank jgn persalahkn filem yg dityg ttp didikn bermula dr kita sndri. ibu bapa yg baik dpt mndidik ank yg baik. klu mnonton yg baik skalipun ttpi hndk jd jht bkn hnya krn filem ttp peribadi pndirian sndri. pengarah yg buat filem ada pnympaian trsndri utk pnonton. kepada yg tdk suka jgn mnonton ttp jgn slhkn filem myu mnjadi sebab byk mksiat. anasir jht ini dtg dr luar bkn dr filem. bljrlh hayati filem atau drama itu sndri sblm mgangap ianya brunsur mksiat. nk berlaku mksiat x payah tgok drama tv pn kes buang ank sana sini berlaku. dr mana dtgnya benda tu klu bkn diri sndri. knapa kta prlu slhkn drama myu. sapa dpt sekat filem engrish dlm tv or wayang sdgkn filem2 trsbut lbh byk anasir mksiat. knpa x di sekat di negara kta klu nk elak tp knpa bila filem kita pndg mksiat. datangnya anasir mksiat pd org kita disebabkn pngaruh luar bkn filem myu. jgn singkatkn fikiran bila tp perbaiki sndri diri kita sndri. sapa lagi nk sokong filem myu klu bkn org myu. knpa filem myu kita kritik filem asing nk plak mnonton. renungknlh.
kalau x suka drama ni ataupun x sesuai untuk anak . anak kita, senang cerita tukar jak siaran lain buat apa nak pening pening komen sana sini drama maksiatlah drama pesonglah.. bak kata org klu dia duk komen jgk tu maknanya dia pun nonton sekali..x ke gitu..
Next
Memang drama sekarang banyak maksiat