fbpx

Wawa Zainal Hanya Guna Pinggan Percuma Sejak Mula Kahwin

Sedang hangat diperkatakan mengenai pinggan viral penuh warna warni di media sosial, bagaimanapun berbeza dengan pelakon Wawa Zainal yang lebih senang dan selesa menggunakan pinggan mangkuk percuma.

Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa berkata mereka sekeluarga tiada pinggan mahal-mahal tetapi hanya gunakan pinggan percuma yang didapati menerusi pembelian ubat gigi.

BACA: Wawa Zainal Mahu Tambah 2 Anak Lagi Sebelum Umur 30

Katanya lagi, pinggan tersebut digunakan sejak mula berkahwin dengan Aeril Zafrel dan masih digunakan lagi sehingga kini.  Wawa turut berkongsikan hidangan yang dimasaknya bersama pinggan yang sangat sinonim dikalangan rakyat Malaysia.

https://www.instagram.com/p/CA-TMbsHsUf/?utm_source=ig_embed

Perkongisian Wawa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap pelakon itu yang sentiasa bersederhana. Malah, ramai yang berkongsikan mereka juga menggunakan pinggan tersebut kerana kualitinya lebih baik berbanding pinggan viral.

Dalam pada itu, netizen juga mengatakan pinggan mahal ke murah tidak penting, apa yang penting hidangan yang dimasak sedap dan dengan kasih sayang. Rasanya mak-mak kita pun masih ada pinggan ini dirumah, walaupun percuma tapi tetap jadi kesayangan.