fbpx

Wawa Zainal Mahu Tambah 2 Anak Lagi Sebelum Umur 30

Baru berusia 28 tahun dan sudah mempunyai tiga orang anak yang comel-comel belaka, nampaknya Wawa Zainal sudah memberi ‘hint’ kepada suaminya, Aeril Zafrel untuk menambah cahaya mata lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa memberitahu dia mahu menambah dua lagi anak sebelum usianya mencecah 30 tahun dan akan menutup ‘kilang’.  Wawa turut bertanyakan pengikut-pengikutnya usia mereka dan kini sudah memiliki berapa orang anak.

BACA: Wawa Zainal Mahu Anak Bertudung Bila Sampai Masa

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Wawa sangat beruntung sudah memiliki ramai anak di usia muda selain mendoakan agar Wawa dapat mengecapi impiannya itu. Dalam pada itu, ada yang berseloroh mengharapkan agar pasangan itu dikurniakan cahaya mata kembar.

Seronok sebenarnya ada anak ramai, memang riuh rumah nanti. Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 tahun, Hayla Maghfirahtul Adzkiya, 4 tahun dan Ayya Sofea, 4 bulan.