fbpx

Sultan Brunei Jumpa PM, Putera Mateen Yang Popular

Semenjak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad bukan saja menjadi perhatian rakyat Malaysia, malah negara luar juga turut memberikan ucapan tahniah diatas perlantikan tersebut.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu menerima kunjungan hormat dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Putrajaya pada hari pertama Tun M bertugas.

Turut hadir sama ialah anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.

Menerusi Twitter rasmi Tun M, turut dikongsikan beberapa foto kunjungan hormat tersebut. Walaupun tajuk utama gambar tersebut adalah mengenai pertemuan Sultan Brunei dan Tun M, tetapi Pengiran Mateen pula yang menjadi tumpuan dan bualan ramai.

Siapa rasa dekat gambar tu nampak Mateen je?