fbpx

Cara VIP Memikat: Jet Peribadi Untuk Jelitawan Rozita Che Wan

Hampir tercekik bebola ikan bila kami baca tajuk berita hari ini.

Rozita Che Wan di’tawarkan penerbangan ke luar negara dengan jet peribadi untuk menemani VIP.

Rozita Che Wan yang di’temubual wartawan Harian Metro mengakui yang beliau ada menerima tawaran luar biasa itu.

Bukan itu sahaja, beliau juga mengaku pernah di’tawarkan wang ringgit tanpa had jika bersetuju untuk menemani seorang VIP makan malam selama dua jam.

Jika di’lihat kepada tugas & wang ringgit yang di’sogok, ianya nampak mudah namun Rozita Che Wan bukan murah maruahnya.

Selain Rozita Che Wan, penyanyi Alyah juga pernah di’tawarkan RM35,000 untuk menyanyikan dua buah lagu dan menemani seorang VIP sehingga jam 5 pagi.

Abby Abadi pula pernah di’ajak untuk minum teh bersama seseorang di Eropah selain menerima tawaran melancong bernilai ratusan ribu ringgit.

Senang betul jutawan Malaysia leburkan duit semata-mata untuk bersama selebriti jelita Malaysia.

Kami yakin, ada sebenarnya selebritiyang kabur mata menerima semua tawaran yang ada, cuma mereka bijak bersembunyi.