fbpx

Farid Kamil Dan Diana Danielle Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Farid Kamil Dan Diana Danielle Sah Suami Isteri Dengan Sekali LafazAlhamdulillah. Dengan sekali lafaz, Diana Danielle sah bergelar isteri kepada Farid Kamil dalam satu majlis ringkas tapi meriah di Ampang, Selangor pagi ini.

Pasangan ini di’ijabkabulkan oleh Ustaz Hj. Daim Jajuli yang merupakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak tepat jam 9.15 pagi ini di Hotel Flamingo, Ampang.

Majlis pernikahan mereka di’hadiri oleh lebih 300 orang tetamu dan perjalanan majlis akan di’siarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) jam 9.00 malam ini.

Pernikahan Diana Danielle & Farid Kamil hari menjadi perhatian ramai selepas mereka membuat pengumuman mengejut selepas hanya kurang 2 bulan bertunang.

UPDATE-1: Mas kahwin pasangan ini berjumlah RM10,000.