fbpx

Pelakon Shakilla Khoriri berkata dia tidak pernah menafikan hak anaknya, Ameena Sofia untuk mendapat kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shakilla berkata dia tidak pernah terlintas untuk memutuskan silaturahim antara anaknya dengan Fizi Ali apatah lagi selama ini dia bersusah payah untuk menyatukan mereka bertiga.

BACA: Sharnaaz Nak Peluk Fizi, Minta Jangan Pisahkan Anak & Bapa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

“Saya tak menafikan hak Ameena untuk mendapat perhatian dan kasih sayang from both side. Apa lagi untuk memutuskan silaturahim antara anak dan bapa. Tak pernah terlintas di fikiran saya. All this while saya bersusah payah untuk menyatukan kami bertiga sebagai Ibu dan ayah kepada Ameena.

“Berkali-kali jemputan yang berkaitan dengan Ameena ditolak kerana tidak mahu ada masa bertiga. Setiap kali saya yang dulu rendahkan diri demi Ameena,” katanya.

Sementara itu, Shakilla berkata kisahnya dengan bekas suami sudah pun berakhir serta reda dengan perceraian mereka dan cukuplah dengan kenyataan dia tidak benarkan untuk berjumpa dengan anak.

Dalam pada itu, Shakilla turut mengatakan rumahnya sentiasa terbuka untuk Fizi bertemu dengan anak mereka apatah lagi bekas suaminya itu adalah sebahagian daripada hidup Ameena.

“Daddy Ameena,rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa untuk berjumpa dengan anak awak. Tidak ada istilah menceroboh sebab awak sebahagian dari hidup Ameena.

“Kami sentiasa tunggu video call dan text awak untuk berjumpa. Awak tak MENCARI Ameena, so stop cakap saya larikan anak awak. STOP IT !Please comunicate dengan saya secara baik dan tenang. We can do this Daddy Ameena,” tulisnya.