fbpx

Teruk Dikecam, Sophia AlBarakbah Dedah Setiap Hari Menangis

Pelakon Sophia AlBarakbah mengakui setiap hari dia menangis selepas dikecam teruk susulan kontroversi menjadi penyondol rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Memetik Astro Gempak, Sophia menyifatkan penggunaan perkataan penyondol agak keterlaluan. Namun, Sophia berkata dia perlu kuat serta tidak terus melayan perkara itu.

BACA: “Berlakon Kena Ada Rasa, Baru Menjadi” – Sophia AlBarakbah

“Saya menangis setiap hari (sewaktu kontroversi melanda). Tapi saya kena kuat. Saya tidak boleh bersedih dan melayan hal yang tidak berkaitan dengan kerja saya.

“Cuma ya, perkataan penyondol adalah satu label yang tidak baik dan keterlaluan,” katanya.

Ditanya adakah benar dia jatuh cinta dengan Aliff Aziz, Sophia hanya menggeleng dan enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Tidak dan saya rasa adalah lebih baik saya tidak cakap atau ulas,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia berkata emosinya kini lebih baik dan fokusnya kini hanya tertumpu untuk kerja sahaja.

“Macam mana pun saya kena kuat. Saya tidak boleh beri hal-hal bukan berkaitan kerja mempengaruhi kehidupan saya.

“Saya tidak boleh tutup mulut orang untuk bercakap dan itu hak mereka. Tapi untuk diri saya, saya mahu fokus hanya kepada kerja,” katanya.