fbpx

Akim & The Majistret Jelas Isu Kenakan Bayaran Mahal

Kumpulan Akim & The Majistret bukanlah nama asing lagi didalam dunia hiburan, malah dengan kejayaan kumpulan itu ada yang mendakwa mereka mengenakan bayaran yang tinggi. Dengan itu, mereka tampil memberikan penjelasan, bahawa bayaran yang dikenakan adalah setimpal dengan hasil kerjaya dan bakal ahli kumpulan itu.

BACA: Akim & The Majistret Dinobat Juara AJL 30

“Bagi mereka yang pernah melihat kumpulan kami membuat persembahan sudah tentu tahu bagaimana hasil persembahan kumpulan kami. Kami bukan sahaja turun bertujuh, malah selalunya ada 16 orang ahli lain yang turut membantu kami untuk memberi persembahan yang terbaik dan memuaskan hati penonton”

“Kami masih bertolak ansur tentang bayaran dengan memberi persembahan lebih mantap dan penambahan lagu. Apa yang penting penonton berpuas hati. Biasanya jika kami buat persembahan bukan Akim sahaja yang bercakap, malah semua ahli kumpulan bercakap dan hiburkan penonton,” katanya kepada m Star Online.

Tambah ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Zimi, bayaran yang dikenakan oleh kumpulan itu juga merangkumi kos yang perlu dibayar kepada keseluruhan ahli kumpulan itu termasuk mereka yang bekerja sebagai pembantu dibelakang tabir, yang juga menjadi punca persembahan kumpulan itu sentiasa terbaik.

Pada masa yang sama, Zimi berharap tahap bayaran yang diterima mereka itu akan menjadi satu tanda aras kepada kumpulan-kumpulan muzik lain untuk menerima bayaran yang sama dengan persembahan yang diberikan. Ini kerana penganjur perlu faham situasi mereka dimana mereka bergerak secara berkumpulan. (rkty/w)