fbpx

Shila Amzah Senyum Lebar Peluk Suami Masa Naik Motor

Baru-baru ini suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu pempengaruh media sosial, Ubai membeli sebuah motosikal. Difahamkan, Ubai membeli motosikal berkenaan untuk memudahkan pergerakan serta menunaikan solat Jumaat.

Semalam, Ubai dilihat ada memuat naik video di Instagram membawa isterinya bersiar-siar pada waktu petang menaiki motosikal barunya itu.

BACA: “Lantaklah Mereka, Pergilah Cari Masing-Masing Punya Kebahagiaan” – Shila Amzah

Apa yang menjadi perhatian, Shila dilihat gembira serta tersenyum lebar sambil memeluk suaminya ketika membonceng motosikal berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah (@ubaimz)

Perkongsian Ubai itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai pasangan meluahkan rasa cemburu melihat pasangan itu.

Malah, ada golongan yang single meluahkan rasa menyesal menonton video berkenaan serta turut mendoakan pasangan itu ‘bercinta’ sehingga ke akhir hayat.