fbpx

Penyanyi Shila Amzah meminta orang ramai mendoakan buat kedua ibu bapanya selepas ibunya, Fauziah Sharman mendedahkan sudah bercerai dengan penyanyi, Datuk ND Lala.

Menjawab pertanyaan daripada peminat, memetik mStar Online, Shila berkata sebagai anak dia tidak mampu untuk paksa ibu bapanya terus bersama serta meminta orang ramai tidak risau akan ibunya.

BACA: ND Lala, Isteri Sah Bercerai Selepas 34 Tahun Kahwin

“Anda semua janganlah risau akan mak saya, doakan yang baik-baik. Sebab pada akhirnya, orang nak bercerai ke, kahwin ke… itu semua jodoh,”

“Kita sebagai anak takkan nak paksa mereka bersama… Anak-anak semua sudah besar. Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing… Lantaklah mereka. Pergilah cari masing-masing punya kebahagiaan,” katanya.

Dalam pada itu, Shila mengakui sedih dengan perceraian ibu bapanya itu namun dia percaya bahawa perpisahan itu adalah jalan terbaik buat mereka.

“Tipulah kalau anak-anak tak sedih tapi pada masa sama, kami pun serabut tengok mereka bergaduh. Jadi lantaklah mereka. Memang tak boleh nak buat apa… Kalau setakat itu, setakat itu sahaja (jodoh). Mereka sudah cuba,” katanya.

Semalam, menerusi perkongsian di Instagram, ibu kepada Shila Amzah mengesahkan ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu.

Fauziah memaklumkan, lafaz cerai dibuat di Masjid AR Rahman, Bangsar dan dia hanya dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp, semalam.