fbpx

Sharnaaz Ahmad Minta Artis Kacau Rumah Tangga Orang Disekat Keluar TV

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan ada seorang pelakon wanita cuba untuk mendekati suaminya malah mengaku tersuka dengan Aliff Aziz. 

Menurut Bella, dia merasakan ada yang tidak kena apabila pelakon wanita itu menghubungi suaminya hampir setiap hari.

BACA: “Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Pelacur?” – Nabila Huda Bengang Aktres ’Tersuka Suami Orang

Isu tersebut turut mendapat perhatian pelakon Nabila Huda yang berang dengan aktres tersebut yang tersuka dengan suami orang.

Bukan itu saja, pelakon Sharnaaz Ahmad juga turut mempunyai pendapat yang sama serta mengatakan susahlah jika ada selebriti jenis mengganggu rumah tangga orang.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut memberi pendapat bahawa mana-mana selebriti tidak kira lelaki atau wanita yang menganggu rumah tangga orang sepatutnya disekat daripada keluar TV.