fbpx

Umum mengetahui, hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya mengakui menyukai Aliff Aziz.

Menurut Bella lagi, suaminya juga sering menerima panggilan dan pesanan ringkas menerusi platform WhatsApp daripada pelakon wanita tersebut.

BACA: Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba ‘Sondol’ Aliff Aziz

Pendedahan Bella itu turut mendapat perhatian pelakon Nabila Huda yang tampil memberikan pendapatnya mengenai isu tersebut yang kurang senang dengan tindakan aktres berkenaan.

Menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Xtra itu, Nabila berkata tindakan aktres itu antara satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya seorang pelakon.

“Siapa perempuan tu? Yang shoot sekali dengan Aliff tu ke? New actor tu kan? Meh sini aku ganyang dia mengada TER suka suami orang.

“Nak jadi pelakon ke nak jadi pelacur kat set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan keriaya sebagai seorang pelakon. Tak boleh nak kawal nafsu dan focus bukan untuk berlakon tapi nak menyundal kat set.

Kata Nabila lagi, sepatutnya sebagai pelakon memberi fokus pada lakonan bukannya ‘menyundal’ di set penggambaran. Nabila turut memberikan pesanan supaya membuang sikap jatuh cinta di set ataupun terlanjur suka.

“Tolonglahhh.. buang lah sikap nak jatuh cinta kat set ke, ter suka ke, terlanjur ke..please lah! Focus on what you’re doing. Be a good actress! Bukan be a good prostitute, FAHAM?,” tulisnya.