fbpx

Rita Rudaini Perli Dr Maza Di IG Story

Baru-baru ini perkongsian pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian ramai seolah memerli Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza mengenai isu dos penggalak vaksin.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Rita berkata Mufti Perlis itu seakan baru ‘sedar daripada tidur’ selepas ahli keluarganya sendiri dilaporkan tidak berada dalam keadaan baik selepas mengambil dos penggalak.

BACA: Rita Rudaini Pelik Netizen Marah Khairy Jamaluddin

“Bila kena kat keluarga sendiri, pandai pulak nak buka mulut hingaq (bising), selama ni koma, selama ni tuli, selama ni kempen & jilat tak sangga.

“Tak semestinya orang yang jahil hanya orang yang kurang ilmu agamanya. Orang yang tinggi agamanya lagi jahil sejahilnya dengan izin Allah S.W.T.” tulisnya.

Rita turut mempersoalkan Mufti Perlis itu yang sebelum ini mengatakan vaksin ditugaskan untuk melindungi namun kini meminta Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menangguhkan pula dos penggalak.

Dalam pada itu, Rita turut menyindir kenyataan KKM yang memaklumkan berlaku kematian akibat pemberian vaksin di Penjara Kajang.

Kata Rita lagi, apabila berlaku perkara yang boleh memudaratkan, vaksin tidak lagi menjadi ikhtiar tetapi sepatutnya kita perlu mengambil iktibar di atas apa yang berlaku.